Contact Me !


Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!'

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, April 30, 2013
Assalamualaikum w.b.t

BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.



“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2

Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.

Makna Lagu Gwiyomi Dan Siapa Penyanyi Asal

Posted by Unknown On Monday, April 29, 2013

Maksud Gwiyomi

Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute

Penyanyi Asal

Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .
VIDEO GWIYOMI

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi.
Free Download MP3 Full Gwiyomi --> TEKAN

SUMBER 

Kejam!!! Makanan Mewah Di Perancis Ini Proses Pembuatannya Sungguh kejam

Posted by dutax_syukk07 On Monday, April 29, 2013
oie Gras atau disebut juga dengan "Fat Liver" dari angsa, adalah menu mewah yang berasal dari Perancis. Anda mungkin merasa sangat bangga jika Anda sudah memakan hidangan ini sebelumnya di sebuah restoran "kelas tinggi" dan mewah pastinya, tetapi apakah Anda tahu bahwa hidangan ini berasal dari angsa yang DIPAKSA MAKAN untuk mengembangkan LEMAK HATInya ?















Punca Zain Saidin Menarik Diri Dari Selebriti Master Chef 2

Posted by Unknown On Thursday, April 25, 2013



Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila Zain Saidin tinggalkan selebriti masterichef 2. Punca sebenar Zain menarik diri dari menyertai Master Chef dikatakan bermula daripada perselisihan faham antara salah seorang Juri.

Zain yang dikenali dengan sikap ego beliau telah meninggalkan Masterchef musim ke-2 kali ini dan telah mencetuskan kontroveri dengan keputusan beliau.


SUMBER

Koleksi Gambar Kenderaan Pelik dan unik Dunia

Posted by dutax_syukk07 On Thursday, April 25, 2013
Menghias Kenderaan semestinya merupakan salah satu hobi yang menjadi minat ramai orang. Lebih-lebih lagi jika ia memiliki Kenderaan sendiri. Kenderaan penting untuk memudahkan kita bergerak ke mana-mana. Namun terdapat beberapa individu yang menjadikan Kenderaannya sebagai satu bentuk yang cantik dan kreatif. Macam kerja gila, tetapi ia mempunyai hasil nilai yang tersendiri. Jom kita tengok gambar koleksi Kenderaan yang kreatif di bawah ini.












Memey Suhaiza Berubah Penampilan?

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, April 24, 2013
memeylagi.jpg

Baru-baru menerusi laman instagram Abby Abadi, beliau telah memuatkan beberapa keping foto dengan Norman Hakim dan juga isterinya, Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka. Dapat dilihat bahawa Memey seakan berubah penampilan dan juga mengenakan hijab untuk pertama kalinya di khalayak ramai.

image.jpg

Diajukan perkara tersebut kepada beliau, menerusi Mstar Online, Memey memaklumkan bahawa beliau kini dalam proses percubaan untuk memaki tudung dan ingin segala perubahan yang dilakukan datang dengan ikhlas dan tanpa paksaan dari sesiapa.

memey2.jpg

Perasaan untuk memakai tudung pada hari sukan anak tirinya datang secara tiba-tiba meskipun beliau hanya ingin mengenakan topi untuk menutup rambutnya ketika itu.Norman dan Abby juga turut memberikan kata semangat serta menyokong hajatnya namun mereka tidak memaksanya untuk terus memakai tudung. Memy juga berharap agar para peminatnya mendoakan yang terbaik untuk dirinya supaya terus memakai tudung selepas ini.

Gadis Melayu Sanggup Hina Allah Kerana Teman Lelaki

Posted by dutax_syukk07 On Monday, April 22, 2013

Astagfirullahaladzim. saya sangat terkejut apabila membaca satu komen di facebook yang seolah-olah menghina Allah SWT. Seorang gadis yang dikatakan berumur 14 tahun seolah-0lah tiada pegangan agama apabila membalas komen dari rakannya. Gambar di atas ini jelas menunjukkan kepada kita betapa ceteknya ilmu agama remaja Islam sekarang. Sangat jauh lari dari landasan Islam yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Ramai orang yang bersetuju jika saya mengatakan “cinta itu buta”, tetapi kita sebagai Umat Islam seharusnya ingat jangan sesekali kita buta hati kita kepada Allah kerana cinta kita kepada manusia. Sesungguhnya cinta paling agung adalah cinta kita kepada Allah dan Rasul. Cinta itu yang akan kekal abadi dan sebagai bekalan kita di hari akhirat.

Stesen Penyiaran Terkenal Korea Selatan, KBS Haramkan Video Muzik Psy

Posted by dutax_syukk07 On Monday, April 22, 2013
Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman.

Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam.
Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya.
Kon itu diletakkan di kawasan larangan tempat meletak kenderaan.
Menurut KBS, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh stesen penyiaran awam itu.
Dua jurucakap stesen itu berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengharamkan beberapa video lain kerana alasan yang sama.
Video muzik berdurasi 3.54 minit yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 139 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lepas.
Psy juga memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Oppa Gangnam Style yang turut mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.
Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memuji tindakan Psy kerana membayar sejumlah wang kepada sekumpulan pereka tari yang mencipta tarian pinggul.
Anggota-anggota sebuah kumpulan nyanyian wanita dari Korea Selatan, Brown Eyed Girls pada tahun 2009 pernah membuat persembahan tarian itu menerusi lagu hit mereka, Abracadabra. – Kosmo Online

Ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ sebar sistem pengajian mirip universiti

Posted by Unknown On Thursday, April 18, 2013
Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara ‘modus operandi’ ajaran sesat “Tuhan Harun” dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
   
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya.
 Ajaran sesat 'Tuhan Harun' sebar sistem pengajian mirip universiti - Terbakor
Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu ‘Intake baru’ diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat ‘Doktorat’, dan tahap paling tinggi dinamakan ‘Doctor World of God’ yang dikatakan setaraf PhD.
   
“Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
   
“Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor,” kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.
   
“Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam.
   
“Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu,” katanya.
  
Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.
   
Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan.  – Bernama

Kanak-Kanak Tadika Didera Cikgu Wanita!!

Posted by dutax_syukk07 On Thursday, April 18, 2013

Gambar diatas telah tersebar di China yang menunjukkan seorang guru tadika menarik telinga seorang kanak-kanak yang sedang menjerit sehingga terangkat. Guru berusia 20 tahun yang bernama Yan Yanhong mendakwa dia dan muridnya hanyalah bergurau setelah gambar ini tersebar. 

Namun setelah disiasat, terdapat lebih 702 keping gambar lain yang menunjukkan Yanhong sedang mendera muridnya. Terdapat gambar kanak-kanak dengan baldi diatas kepala, mulut dilekatkkan dengan pita pelekat dan ada juga murid yang kepalanya dimasukkan ke dalam tong sampah. 

Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar yang menunjukkan botol-botol arak kosong yang ditemui di rak buku Yanhong di dalam kelas. 







Pada mulanya, Yanhong mempertahankan perbuatannya dan mengatakan bahawa beliau menganggap muridnya sebagai kawan baik dan hanya bergurau. 

Belaiu berkata, ‘Saya hanya mahu mengambil gambar. Selepas ambil gambar, saya terus meletakkan budak itu kebawah'. 

Biro pendidikan tempatan telah mngeluarkan kenyataan yang Yanhong telah dipecat dan sekolah tersebut juga telah didenda. 

Kafir Mempersendakan Agama Islam

Posted by dutax_syukk07 On Thursday, April 18, 2013
kafir kafir, umat islam mesti nonton ni, mereka mempersendakan agama islam




Semoga Allah s.w.t memberi hidayah dan petunjuk yg benar kpada mereka.. Amin...

Lan Todak maki keluarga Shila Amzah dengan gelaran Anjing dan Barua?

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, April 16, 2013

Siapakah Lan Todak yang dimaksudkan oleh adik-beradik kepada penyanyi Shila Amzah ini?
Menerusi laman sosial Twitter ketiga-tiga adik Shila iaitu Syada, Shafiq dan Syahir nampaknya mereka seakan ‘geram’ dan marah dengan seseorang yang telah mengutuk serta mengelar diri mereka dengan gelaran yang tidak manis seperti anjing dan barua.

Huh, dashyat sungguh. Siapa Lan Todak yang dimaksudkan itu ya?
Mungkin aktor Sharnaaz Ahmad yang membawa peranan watak tersebut menerusi filem Juvana atau pun lelaki lain?
Hmmm, apa-apa pun bawa-bawalah berbincang dan pihak yang disana janganlah sesuka hati menggelar orang dengan panggilan yang kurang enak didengar.
Tak gitu?



[Gambar] Sandwich Berbentuk Pelik Dan Unik

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, April 16, 2013
Agak2 ada selera x nak makan sandwich begini?. Atau nak buatnye je dah makan masa.. haha










Guru Sumbat 19 Kanak-Kanak Tadika di Dalam Sebuah Kereta

Posted by dutax_syukk07 On Monday, April 15, 2013

JOHANNESBURG – Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.

Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu. Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.

Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan. Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500.









p/s : Bangang punye cikgu...

Fasha Sandha Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Posted by Unknown On Monday, April 15, 2013
anak lelaki fasha sandha
Tahniah buat pasangan Fasha Sandha dan Jejai kerana sekitar jam 9.21 pagi tadi, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi sulung buat pasangan ni.. Berita baik ini telah disahkan sendiri oleh Jejai di laman twitter miliknya.. bayi lelaki yang belum diberi nama ini telah selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, pagi tadi..
“Baby boy safely delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamdullilah syukur kepada Allah.” tulis Jejai di laman twitternya.
Fasha sandha dan juga anak lelakinya dikatakan dalam keadaan sihat dan selamat… Apa-apa pun jom kita layan kecomelan baby boy Fasha dan Jejai kat bawah ni..

Ngeri!!! Tiga Maut Kapal Persiaran Mewah Terbalik Di Itali

Posted by Unknown On Monday, April 15, 2013

ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.

Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila,” kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

“Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi,” tambah Parmegiani.


GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.

Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.
Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.
Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.
Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang.sumber

BELUT BERJALAN DALAM PERUT

Posted by Unknown On Friday, April 12, 2013
Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.


                               IMEJ sinar-X menunjukkan belut dalam perut lelaki itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. - Daily Mail