Contact Me !


Moga Ummu Hani Kekal Begitu

Posted by Unknown On Wednesday, July 31, 2013 No comments

Saya bukan peminat setia drama melayu. Tapi kadang-kadang layan juga.
Contohnya, Siri Hani di TV3 :)
Solehah amat pelakonnya. Time tu memang boleh puji. Ummu Hani dan juga ibunya. Respect habis. Berjaya menghidupkan watak dengan jayanya.

>>> Kita touch-up sikit Poster Drama Hani di TV3. Sentuhan Islamik sikit. 
No more Free Hair !

Sudah ramai artis yg mula bertudung, namun kebanyakkan sekadar dalam lakonan.
Tamat lakonan tudung melayang, kain panjang kembali sekerat dan sendat ! 
Moga Nur Fathia, pemegang watak Ummu Hani benar-benar menjadi Ummu Hani di luar lensa kamera. 

>>> Mak Ummu Hani ? Ibni Che Wan..Yang ini memang dah biasa seksi. Moga dikurnia hidayah. Seniwati Sarimah dulu pun, zaman berlakon filem Madu 3 
seksi dan seksa juga ! Tapi sekarang ? Alhamdulillah...

5 Gambar Neelofa Bertudung, Nampak Biasa-biasa Je

Posted by Unknown On Wednesday, July 31, 2013 No comments
Gambar Neelofa Bertudung, Nampak Biasa-biasa Je. Secara ikhlas, admin kurang gemar menonton lakonan Neelofa. Pendek kata Neelofa mungkin sama kelas dengan Lisa Surihani diambil berlakon kerana wajah yang cantik bukan bakat lakonan.


Walaupun Fasha Sandha kurang disenangi kerana kontroversinya, tapi Fasha memang pandai membawa watak lakonan banding dengan Neelofa.


Apa pun jum layan Gambar Neelofa Bertudung










- See more at: http://www.ambooyats.com/2012/09/5-gambar-neelofa-bertudung-nampak-biasa.html#sthash.tWxBnf0U.dpuf

Insiden jatuh di pentas catwalk lantaran langkah yang sumbang atau terpijak kain dan tersadung sering menjadi mimpi ngeri model wanita. Lebih malang apabila model wanita cantik ini terjatuh sebanyak 2 kali hanya dalam satu persembahan catwalk. 

Pembaca berita yang sedang melaporkan insiden berkenaan secara 'live' tidak dapat menahan ketawa apabila melihat model berkenaan jatuh dengan gaya yang amat lucu sekali.

Jom kita tengok video lucu ini. Hahahaha.


Remaja Maut Terperosok di Bawah Lori

Posted by Unknown On Wednesday, July 31, 2013 No comments

SIBU: Seorang remaja di sini terbunuh selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan paip di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, semalam.
 Mangsa yang maut berusia 20 tahun itu, dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang difahamkan berlaku sekitar jam 10.10 pagi.

Kemalangan itu berlaku di salah satu selekoh kecil di jalan terbabit apabila mangsa dikatakan menuju ke arah Jalan Salim manakala lori terbabit difahamkan menuju ke Kanowit.
Motosikal yang ditunggang oleh mangsa difahamkan merempuh bahagian belakang lori terbabit sehingga menyebabkan mangsa terperosok ke dalam lori itu.

Paramedik yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian selepas beberapa minit ketibaan ambulans di kawasan kemalangan.
Trak tunda yang kebetulan melalui tempat kejadian kemudian membantu mengangkat bahagian belakang lori untuk mengeluarkan motosikal dan mangsa.
Jabatan Bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Sehingga berita ini ditulis petang semalam, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan lagi dan kes masih dalam siasatan.

Kecoh, Pengacara Popular 'Bergaduh' Atas Pentas

Posted by Unknown On Wednesday, July 31, 2013 No comments
Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).

Barisan peserta Kecoh Pengacara Beraya bersama AG. - Foto instagram Scha Al-Yahya

LAPAN pengacara popular ‘bergaduh’ atas pentas dalam sebuah program ‘gameshow’ terbaru TV3, Kecoh Pengacara Beraya.

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).

Apa yang pasti, gelagat spontan dan celoteh mereka bakal menggeletek hati penonton.
Kedua-dua kumpulan ini diuji melalui tiga cabaran termasuk Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.Pasangan suami isteri, Awal dan Scha tidak ketinggalan menampilkan aksi manja mereka di pentas yang direka seperti gelanggang tinju itu.
Selepas sesi rakaman program tersebut melabuhkan tirai, Scha dan Awal akui terbit sedikit kebimbangan atas aksi mereka yang mungkin tidak disukai mana-mana pihak.
“Atas pentas itu kami jadi diri sendiri. Apa yang berlaku sebab spontan kan, buat saya risau juga. Tapi insya-ALLAH tak melebih-lebih,” kata Scha.

Sementara Awal berkata, “kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Tengok dari sudut positif, suami isteri perlu semai keceriaan. Selagi ia tidak melebihi batas, tak apa.”
Tambahnya, “jika ada yang tak suka itu, nak buat macam mana kan?” Sementara pelawak terkenal, Zizan terus menggeletek hati penonton dengan aksinya.
Selain mereka, pelawak BMB, Bocik turut hadir di pentas untuk menjadi juri.

Program ini tidak mempunyai pengacara sebaliknya, penyampai radio dan pengacara, AG bertindak sebagai suara latar.
Wang kemenangan berjumlah RM 8,000 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Klang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
Program ini bakal memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda kelak di TV3.
Comel

Alahai comelnya masa kecik!

Tanam Mayat Wanita Di Dalam Dinding

Posted by Unknown On Tuesday, July 30, 2013 No comments
Terkejut: Ahli keluarga Voon menunggu di luar banglo, lokasi mangsa dibunuh dan ditanam di dalam dinding di Brunei.


Tanam Mayat Wanita Di Dalam Dinding | BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini.

Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Voon diberi segugus kunci banglo terbabit.

Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya.

Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut.

Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu.

Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen.

Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut.

Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan.

Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini.

Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka.-mstar




Kuala Lumpur: Pertembungan naib juara Liga Super, Selangor dan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Khamis ini dijangka mampu menarik minat sekitar 1,000 penyokong kedua-dua pasukan meskipun ia berlangsung di bulan Ramadan.

Dalam dua pertemuan Liga Super musim ini, Selangor berjaya menewaskan skuad The Red Warriors (TRW) 2-0 di Shah Alam menerusi jaringan Francis Forkey Doe dan Ramez Dayoub sebelum kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kota Bharu.
Tiket RM7

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru, Rosman Mohd Ibrahim berkata, pihaknya terpaksa mengenakan bayaran tiket RM7 untuk penonton dewasa kerana perlu menampung kos anggota keselamatan.

“Kami jangka perlawanan ini mungkin akan dihadiri sehingga 1,000 penonton dari kedua-dua pasukan, jadi kami perlu memanggil anggota keselamatan dari polis dan Rela untuk memastikan keadaan di tempat duduk penonton terkawal. Ia membabitkan kos dan sebab itulah bayaran tiket RM7 dikenakan,” kata Rosman ketika dihubungi, semalam.

Rosman berkata, kaunter tiket akan dibuka mulai jam 5.30 petang pada hari perlawanan sehingga sepak mula pada jam 9.45 malam.

Kedua-dua pasukan dalam persiapan menghadapi Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini dengan Selangor diundi dalam Kumpulan A bersama Tentera, Sime Darby dan Johor manakala Kelantan dalam Kumpulan C bersama Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Syarat Farid buat mentua

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, July 30, 2013 No comments

Ibu Diana Danielle perlu bersemuka dengannya dulu sebelum dapat jenguk cucu

Ada syarat perlu dipatuhi ibu kepada pelakon Diana Danielle, iaitu Norsiah Ramli, jika wanita itu mahu melihat anak tunggal dan cucunya yang baru dilahirkan itu. 

Kata menantunya, Farid Kamil, Norsiah atau lebih mesra disapa Mama perlu bersemuka dengannya, sekali gus menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum selesai antara mereka. 

"Banyak cerita negatif yang saya dengar daripada mulutnya mengenai kami berdua. Supaya perkara ini tidak menjadi lebih panjang, dia perlu berjumpa dengan saya dan selesaikan beberapa perkara terlebih dulu jika dia mahu bertemu anak serta cucunya. 


"Saya bukan berdendam, cuma sekadar mahu melindungi isteri dan si anak kecil kerana saya dapat berasakan ibu mentua saya mahu melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap anak saya,” kata Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita di ibu negara, petang semalam. 

Menerusi drama bersiri yang bakal disiarkan di saluran Astro Mustika HD itu, Farid memegang watak sebagai Aariz. Turut berlakon di sisinya dalam drama itu ialah Tiz Zaqyah, yang membawakan karakter bernama Dahlia. 

Perkahwinan tidak direstui 

Kata Farid lagi, dia berasa perlu berbuat demikian kerana Diana juga amat kecewa dengan ibunya. 
"Setakat ini, saya tidak pernah mendengar yang Diana merindui ibunya, tetapi lebih kepada perasaan kecewa kerana dia tahu ibunya memang tidak merestui perkahwinan kami," dedahnya. 

Farid berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai hubungannya dengan Norsiah selepas berlaku insiden meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap wanita terbabit menerusi laman sosial Twitter miliknya, baru-baru ini. 

Bayi belum daftar 

Bercerita mengenai zuriatnya yang lahir di Sydney, Australia, 2 Julai lalu, Farid berkata, sehingga kini bayi lelaki itu masih belum didaftarkan. 

"Kami memang mahu mendaftarkan kelahirannya di Malaysia. Di Sydney, orang luar memang tidak digalakkan mendaftarkan kelahiran di sana dan memang sukar sebenarnya untuk berbuat demikian. 

"Sebab itu, sehingga kini anak saya itu belum diberi nama. Begitupun, ada beberapa nama dalam cadangan, tetapi saya menunggu malam Ramadan 15 ke atas untuk mendapat ilham nama yang lebih baik. Buat masa ini kami memanggilnya baby saja," ujar Farid sambil memaklumkan, dia membahasakan dirinya sebagai Babah manakala Diana pula sebagai ibu. 

Ditanya mengenai keadaan Diana selepas tiga minggu melahirkan, Farid berkata, isterinya sihat cuma mengalami sindrom ‘baby blues’. 

"Ketika hamil, Diana tidak mengalami alahan yang teruk. Saya juga bersyukur dia tidak mengidam yang bukan-bukan. Ketika berpantang ini pula, dia dijaga saudara rapat saya. 

"Cuma apabila sindrom itu datang, dia akan menjadi terlalu emosi dan tidak suka jika saya pegang bayi lama-lama," terangnya. 

Ditanya apakah dia bakal meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur, Farid berkata, besar kemungkinan dia akan meraikan 1 Syawal di Australia sebelum pulang beraya dengan keluarganya di Kedah.

Anggap kewujudan objek rahmat Ramadan

Posted by Unknown On Tuesday, July 30, 2013 No comments

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.


KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

Cara Solat Pengikut Syiah

Posted by Unknown On Tuesday, July 30, 2013 No comments



Di negara ini, pengikut Syiah secara lahiriah nampak tidak ada bezanya tetapi kalau dilihat dengan lebih teliti, dengan mudah kita dapat melihat betapa ‘berbezanya’ mereka daripada ajaran Islam yang diajarkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah sendiri cara solat mereka dalam video yang dipercayai dirakamkan di Klang, Selangor ini. Bukan sahaja bacaan solat menyimpang, syarat sah solat pun dah memang terbarai habis.

SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/video-ekslusif-cara-pelik-pengikut-syiah-bersolat/#ixzz2aUOKmLLa




Nora Danish ‘Kantoi’ Dengan Anak Nazri Aziz Di Thailand

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, July 30, 2013 No comments


Ermm, nampak gayanya Nora Danish cuba mengiyakan gosip-gosip yang dilemparkan oleh pihak media kepadanya selama ini.
Hubungan beliau dengan dengan seorang anak menteri semakin hari semakin jelas kelihatan.
Terbaru, melalui akaun instagramnya, beliau galak berkongsi gambar-gambarnya bersama Nadeem, dan juga rakan-rakan produksi yang lain ketika melawat keluarga salah seorang kru produksi yang meninggal dunia di utara tanahair.
TIdak cukup dengan itu, beberapa keping gambar lain turut dimuat naik ketika berdua-duaan dalam lif, dan juga ketika makan di sebuah restoran di Danok, Thailand.












Tania Hudson tak berkawan?

Posted by Unknown On Monday, July 29, 2013 No comments

SELEPAS daripada kontroversi Tania Hudson yang dikatakan lari dari lokasi pengambaran sebelum ini, ada orang mengadu pada Miss J yang pelakon itu sekarang dah tak ada kawan.

Dengarnya dia sentiasa menyendiri. Tak bergaul dengan orang ramai. Miss J tertanya-tanya juga tentang kebenaran cerita ini sebab takut berlaku kekeliruan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi.

Tapi teman yang mengadu pada Miss J tentang perihal Tania itu beria-ia memberitahu dia sendiri kasihan melihat pelakon itu di satu set lokasi pengambaran yang dibintanginya baru-baru ini.

Makan seorang diri dan membawa diri ke sana ke mari tanpa mempedulikan orang sekeliling. Jadi teman Miss J membuat kesimpulan mungkin Tania sedang dilanda masalah.

Sebab melalui raut wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir. Mukanya agak cemas dan jarang tersenyum.

Entahlah... Miss J kena tanya kebenaran cerita ini kepada empunya diri dulu. Miss J tak boleh buat kesimpulan dan andaian sendiri. Tak baik menuduh lebih-lebih lagi masa bulan puasa ini!

sumber : http://www.utusan.com.my/

Gempar!! Akibat Dirantai,Daging Bercantum Dengan Rantai !!

Posted by Unknown On Monday, July 29, 2013 No comments



Gambar Zhang Chuanqiu , kulit pada tangannya telah bercamtum dengan rantai yang di ikat pada tangannya di penjara Cina haram .

Zhang Chuanqiu telah dirantai di kandang lembu pada tahun 2005 di sebabkan daripada pertikaian ke atas pinjaman untuk membina rumahnya. Beliau kini cuba untuk mengumpulkan £ 1000 (Pounds British) untuk membayar kos doktor untuk menyelamatkan tangannya.





“Hehe...tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.

Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.

Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih...suruh ah tangkap aku...” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah...!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.

“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.

Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis.- Harian Metro

Gambar | Anak Aziz M.Osman & Puteri Lily Lokman

Posted by Unknown On Saturday, July 27, 2013




hari tu masa pergi Gala Nite Filem Azura Kat One Utama..
ternampak kelibat isteri Aziz M.Osman bersama seorang bayi comel..
memang comel sangat..
cuma KIC tak berkesempatan nak ambil gambar baby comel tu..
anak Aziz M.Osman & Puteri Lily ni dah pun berumur 5 bulan 
dan diberi nama Puteri Nur Azahra..
yang best nya Puteri Nur Azahra ni dilahirkan pada hari kemerdekaan,
31 Ogos 2011..
so untuk nak kongsi dengan korang semua..
KIC pun cari lah gambar terbaru anak Aziz & Lily ni..
so terjumpa lah di Facebook Lily..











comel kan..?
tengok depan mata lagi comel tau....


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

NGERI !!! SUAMI DITEMUI TERGANTUNG DI RUANG TAMU

Posted by Unknown On Saturday, July 27, 2013

JELI – Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin.

Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.

Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, sebelum kejadian, pasangan itu telah bertengkar sebaik wanita itu pulang dari satu majlis di Kampung Gemang dekat sini.



Kosmo

Bangkai Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor Ditemui

Posted by dutax_syukk07 On Saturday, July 27, 2013

Bangkai Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor Ditemui | Menurut penduduk di kampung berkenaan, buaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan kapal korek pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk.

Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.
Gambar Bangkai Buaya Gergasi






Video Bangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor

Petikan Akhbar PenemuanBangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.

Guru Wanita Sekolah Menengah di Setapak Ditangkap Tanpa Pakaian

Posted by Unknown On Friday, July 26, 2013
 
GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.

“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.

Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.

Damia Izara Dipersilakan Bogel Keliling Kuala Besut

Posted by Unknown On Friday, July 26, 2013
Nampaknya trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.
Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.

Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.

Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.

Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.

Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper DAP… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.

** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut.

Panas! Gambar kekasih baru Nora Danish yang Handsome!!

Posted by Unknown On Thursday, July 25, 2013

Gambar kekasih baru Nora Danish yang kacak - Benarkah dakwaan kononnya pelakon comel, Nora Danish kini sudah mempunyai kekasih baru dan bakal berkahwin tidak lama lagi? Gosip liar ini timbul apabila ibu tunggal itu telah memuatnaik sekeping gambar dirinya bersama seorang jejaka kacak di laman Instagram miliknya.


Kalau cerita terbaru ini benar, admin memang cukup teruja untuk melihat Nora Danish sekali lagi bersanding di jinjing pelamin bersama jejaka pilihan. Tak salah pun sebab pelakon Mencari Cinta itu kini solo dan masih belum berpunya. Untuk lebih jelas gambar kekasih baru Nora, korang boleh tengok di bawah.





(13 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Hattan Dan Arianie

Posted by Unknown On Thursday, July 25, 2013

Seperti yang anda maklum, semalam telah berlangsung majlis pernikahan Dato’ Hattan dan wanita yang sebelum ini bekas isterinya iaitu Arianie.

Pasangan ini berpisah selama 10 tahun sebelum disatukan semula di Marriot Putrajaya semalam. Hattan dan isteri kelihatan segak dan jelita dengan busana sedondon berwarna kuning air.

Set gambar ini ialah dari jurugambar rasmi REDPhotography. Terima kasih diucapkan kepada abang Red kerana sudi berkongsi gambar dengan kami