Contact Me !


Gambar Perbualan Kurang Sopan Adi Putra?

Posted by Unknown On Saturday, October 19, 2013 No comments
Susulan daripada kontroversi itu, seorang ahli perniagaan yang mengaku sebagai suami kepada wanita terbabit telah tampil memberi kenyataan siang tadi, di mana lelaki berusia 56 tahun itu memaklumkan bahawa aktor tersebut telah berhubung dengan isterinya sejak Julai lalu.

Khamis lalu, kecoh sebentar industri hiburan tempatan apabila seorang pelakon terkenal didakwa saling bertukar mesej dengan isteri orang dan turut dikatakan berkongsi pesanan serta foto kurang sopan bersama wanita tersebut.

Daripada permulaan, isteri saya sampaikan ucapan menunaikan umrah. Kemudian pelakon itu telah berterima kasih dan meminta nombor telefon isteri saya.


Pelakon itu ada juga bertanya kepada isteri saya adakah dia sudah berkahwin, dan isteri saya jawab, Ya.

Saya rasa sebagai seorang lelaki, dia perlu jaga tatatertib. Tidak boleh mengganggu isteri orang.

Kalau berminat untuk ada pasangan hidup, carilah anak dara. Kan tak elok dan tak manis kalau mengacau atau menggoda isteri orang, amat dikhianati Allah SWT.

Ahli perniagaan tersebut ketika ditemubual.

Mula meminta nombor telefon

Bertanya status sebenar

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut melahirkan rasa kecewa apabila pelakon lelaki itu didakwa turut mengajak isterinya melakukan perkara tidak elok dan menafikan dakwaan kononnya dia mengancam keselamatan pelakon tersebut.

Kalau saya perhatikan daripada komunikasi yang berlaku, saya rasa amat terkejut bila apa yang ditulis oleh pelakon itu adalah nak buat hubungan dengan isteri saya, suka lakukan hubungan luar biasa. Saya rasa amat terperajat dan benda macam ini tak patut berlaku, sedangkan pada waktu itu kita sedang melakukan umrah.
Sebenarnya saya bukanlah nak mencederakan dia. Saya tak berminat nak menjatuhkan dia. Sekarang apa yang saya buat adalah hak saya sebagai seorang suami

Bagaimanapun, nantikan sahaja keputusan serta penjelasan sebenar aktor terkenal itu tidak lama lagi. Apa pun diharapkan agar kontroversi seperti ini akan segera diselesaikan dan tidak menjejaskan kerjayanya lakonannya.

Aeril kesal anaknya dilabel anak haram

Posted by Unknown On Wednesday, October 16, 2013 No comments
SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Aeril Zafril

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

'Kami dah nikah dua kali'

SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.
Panas gak tgk kt melodi semalam.. wartawan yg huru hara sgt

Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.

Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama.

"Bila Wawa disahkan hamil pada Disember lalu, kami dinasihatkan untuk berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.

"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di restoran Western 114, Neo Damansara.

Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Dalam sidang media itu, Aeril dan Wawa diasak pelbagai soalan daripada media secara 'keras' kerana tindakan mereka yang sering menafikan hubungan tersebut.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mereka menyembunyikan perkahwinan itu adalah kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth, Mejar K David Teo, yang tidak menyenangi hubungan itu.

Wawa Sebenarnya Masih Tunangan Orang

Posted by Unknown On Sunday, October 13, 2013 No comments
Wawa Sebenarnya Masih Tunangan Orang | Eksklusif, setelah mendedahkan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telahpun bernikah serta mempunyai anak, kini sebuah akhbar melaporkan Wawa Zainal sebenarnya masih lagi berstatuskan Tunangan Orang!





Wawa sebenarnya sebelum menjadi artis telah pun bertunang dengan seorang guru sekolah rendah yang bernama Abdul Rashid @ Johan Hambali. Bahkan tunangnya itulah yang bertanggungjawab membawa Wawa ke dunia hiburan.

Menurut Rashid lagi, Wawa sendiri yang telah memberitahunya tentang berita pernikahan dan anak beliau itu benar. Bahkan, Rashid mengakui dirinya berasa tersentak dan sebak dengan pengakuan Wawa itu sedangkan pertunangan mereka masih belum diputuskan.

Ikuti berita seterusnya dengan membaca pada artikel dibawah.



Ajal dikisar mesin simen

Posted by Unknown On Friday, October 11, 2013 No comments
Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.



KEADAAN mangsa yang maut terkena bilah besi ketika membersih sisa simen dalam tangki lori, semalam.


MAYAT mangsa selepas dikeluarkan dari mesin pembancuh simen.

Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan

Tiga Penjenayah Mati Ditembak Di Lebuh Raya DUKE

Posted by Unknown On Thursday, October 10, 2013 No comments


KUALA LUMPUR 9 Okt - Tiga penjenayah mati ditembak oleh Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Mangsa dikatakan merompak seorang wanita yang baru keluar daripada sebuah bank di OU Perdana, Klang.



Pihak Polis berjaya mengesan kenderaan yang dinaiki ketiga penjenayah terbabit setelah mendapat laporan daripada mangsa dan mengejar kereta suspek sejauh kira-kira 40 kilometer.

Sebilah parang dan sepucuk pistol ditemui dalam kereta yang dinaiki suspek.

Ketiga-tiga mayat penjenayah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Wanita Maut Terjatuh Di Pejabat Daerah Kuala Terengganu

Posted by Unknown On Wednesday, October 09, 2013 No comments

Wanita Maut Terjatuh Di Pejabat Daerah Kuala Terengganu | Kakitangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu gempar apabila seorang wanita maut terjatuh dari tingkat empat pejabat itu hari ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Suliana mati di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan leher

Menurut info dari utusan malaysia. Mangsa, Zurina Idris, 31, yang juga seorang ibu tunggal dikatakan tergelincir sebelum ditemui tertiarap berhampiran tangga di tingkat bawah bangunan tersebut.

Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima

Posted by Unknown On Tuesday, October 08, 2013 No comments

Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima | Sebelum ini heboh mengenai gosip cinta di antara pelakon lelaki terkenal, Shaheizy Sam dengan pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Syatilla Melvin.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan hubungan itu adalah berlandaskan rakan artis semata-mata.

Namun, Syatilla memberi kenyataan dalam Harian Metro hari ini, “saya selesa dan senang berkawan dengan Sam. Dia seorang rakan yang baik dan memahami saya seadanya. Pendek kata, dia bukan saja penghibur hati saya ketika sedang bersedih atau tertekan malah begitu mengambil berat.

Kami banyak berkongsi pendapat mengenai kerja,” katanya.

“Saya tak nak fikir lebih-lebih mengenai hala tuju hubungan ini. Kalau ditakdirkan ada jodoh dengan dia, saya terima. Sebenarnya, saya tidak tolak jodoh walau dengan sesiapa pun, cuma kebetulan sekarang orang kaitkan saya dengan Sam, sebab itu timbul spekulasi begini,” katanya.

Apabila ditanya keistimewaan Sam di matanya, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 22, tidak mampu menolak kenyataan lelaki itu memiliki sikap yang menawan hati.

Katanya, aktor kesayangan ramai itu bukan saja manja dan kelakar sebagai sahabat, malah dia juga lelaki yang begitu mengambil berat dan memahami dirinya.

Hari ini dikejutkan pendedahan dunia hiburan oleh B*POP apabila mengesahkan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telahpun sah menjadi suami isteri. Walaupun kedua-dua masih menafikan status berkenaan, pendedahan di bawah merungkai segala gosip dan persoalan. Apakah selepas ini pasangan sama padan ini masih terus menafikan perkahwinan mereka? sama-sama kita tunggu. Baca berita daripada B*POP:



Berita Penuh



Gambar Instagram Wawa Zainal 10 bulan yang lalu


Ahmad Fakharuddin selamat lahir ke dunia. 24 Ogos 2013

*Ramai la jejaka diluar sana kecewa dengan berita ini:(

Bapa mentua minta seks dari menantu sebagai hadiah hari lahir

Posted by Unknown On Saturday, October 05, 2013 No comments
cabul-menantu


Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.

Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.


Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.

Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.

“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.

“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.

“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.

“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.

“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

MyMetro

Penyambung Tradisi Cinta Couple Seminggu

Posted by Unknown On Friday, October 04, 2013 No comments

Rupa rupanya Awani tidak keseorangan dalam menzahirkan cinta.. Kini Alang bakal menyambung tradisi luahan cinta versi gwiyomi di youtube




Jom kita tengok kesinambungan cinta luahan ALANG

Luahan Cinta Luar Biasa Alang Beez

Posted by Unknown On Friday, October 04, 2013 No comments

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kemunculan video luahan cinta yang menarik perhatian ramai di facebook.

Artikel Terdahulu

Kali ini kami dikejutkan lagi dengan pesanan luahan cinta melalui taks pula.



Teks tersebut turut dijadikan sebagai timeline cover oleh Alang Beez



Apa yang lebih mengejutkan kami, sebelum Alang Beez mengubah tetapan melihat facebook, kami menemui sesuatu yang diluar jangkaan kami.



Terus terang kami tidak menyangka cara mereka sanggup mengupdate dan membalas komen dengan cara begitu. Sungguh memalukan

APA NAK JADI DENGAN ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG?

Hadiah Buat ALANG BEEZ dan FATIEN AFIQAH

Posted by Unknown On Friday, October 04, 2013 No comments


 Nama ALANG BEEZ dan FATIEN AFIQAH bagaikan popular seketika gara gara video mereka yang tersebar luas di laman sosial Facebook

Artikel Terdahulu:


Sebagai hadiah dan penghargaan dari peminat setia video mereka, mereka telah dihadiahkan dengan kata kata paling sweet di zaman ini.


HADIAH YANG DITERIMA DI FACEBOOK ALANG BEEZ








HADIAH YANG DITERIMA FATIEN AFIQAH DI FACEBOOK







Video TERBARU mereka



Hebat anak muda zaman sekarang kan? Apa komen anda?

Cara Dapatkan Balik Barang Yang Telah Dicuri

Posted by Unknown On Thursday, October 03, 2013 No comments

Cara Dapatkan Balik Barang Yang Telah Dicuri | Salam sejahtera semua, saya ingin kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan balik barang yang telah dicuri. Cara ini merupakan cara islam dengan memohon daripada Allah SubhanaAllah Taala untuk menolong kita untuk mendapatkan barang yang telah hilang. Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut:

1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.

3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.


4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.


5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.


7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:

“Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin”.
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

Wasallam.

Doa dari CikGu Aliaazuan.


اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

Seorg saudara ana penah dicuri wang oleh perompak. terus dia buat solat hajat, baca doa ni sbgai zikir sbnyak 1000x. tak smpat report polis pun, org kg dh buat tabung duit utk dia. Dgn izin Allah, Allah gnti blk duit dia 2 kali ganda drp yg kena curi tu…

Sorg kwn ana penah dicuri kreta kat sini, ana pun syor kat dia amalan yg sama.. tp slps buat, dia tetap report polis. Tak sampai smggu, polis jumpa kereta tu bersidai di tepi jln kat Perak..kunci masih ada tanpa sbrg kerosakan. Alhmdulillah dpt balik, smuanya dgn izin Allah. Yg penting kena yakin dgn amalan, insyaAllah Allah akan bantu.

Wallahu alam.