Pelakon
jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai
perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain
Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.
“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan
berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
p/s : Tahniah!
Dia juga
memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana
menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi
masing-masing.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che
Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia
lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta
yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
“Hubungan
kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu
sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.