Wah!!! Tak
habis - habis lagi cerita pasal blogger buat cerita yang bukan - bukan
ni ye. Masih tak serik - serik ke diorang tabur cerita yang mengarut?
Sampai tahap
nak kena saman ni, memang parah sangat la nampak gayanya. Tu semua
mesti sebab suka sangat merekayaksa cerita yang dikutip dari tong
sampah.
Jadi tak
heran sangat la kalau blogger terbabit akan dikenakan tindakan undang -
undang dari pihak yang tertentu. Begini ceritanya.
Blogger
terbabit katanya buat satu cerita mengenai seorang pemimpin yang telah
disaman oleh sebuah syarikat. Sebab apa pemimpin tu disaman?
Katanya
pemimpin tu telah menyalah-gunakan kuasanya untuk merampas perniagaan
yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. Sebab itulah syarikat tu nak
saman pemimpin tu.
Cuma fakta
yang dijelaskan didalam artikel tu telah dipusing dan diterbalikkan oleh
bloger tersebut. Bukannya syarikat tu yang saman pemimpin terbabit.
Sebaliknya,
pemimpin tu yang saman syarikat tersebut. Jadi, dengan ertikata lainnya,
blogger tu dengan sengaja telah memutar belitkan cerita.
Nampak
sangat la blogger dan syarikat terbabit menghadapi halangan dan berniat
nk memburukkan imej pemimpin berkenaan sama ada sengaja atau tidak.
Jika itulah
niat blogger terbabit, memang patut sangat la kalau pemimpin tu ambik
tindakan sebab sengaja menyebarkan cerita yang telah diputar belit
faktanya.
Tapi, apa nak pelik ye tak. Dah memang itu je kerja yang diorang ni tau buat. Sama la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Diorang sekadar tau nak putar belitkan fakta je. Bila disuruh buat kerja, satu hapah pun diorang tak buat!!!