Contact Me !


(Informasi) Cara Semakan CTOS Secara Online-Lebih Mudah!

Posted by Unknown On Monday, December 10, 2012 No comments
nak semak ctosCara Semak CTOS Secara Online 

: Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut, adalah lebih baik kami memberi sedikit penerangan mngenai apa yang dikatakan dengan CREDIT TIP OFF SERVICES (CTOS) ini.


Apa itu CTOS?





CTOS Sdn. Bhd adalah dalam erti kata mudahnya, sebuah badan syarikat yang mengumpulkan maklumat dat-data kewangan peribadi seseorang individu atau syarikat seperti perintah saman,notis kebankrapan dan perintah muflis. Kesemua maklumat ini diambil dan diletakkan ke satu pengkalan data untuk tujuan semakan, samada daripada pihak bank (yang memang selalu pakai CTOS ini) mahupun individu perseorangan.
Kami tidak mengetahui dari mana sumber mereka mendapat maklumat.Namun ada yang berkata mereka mendapat maklumat daripada laman akhabar untuk mendapatkan maklumat notis kebankrapan dan ada juga sumber memberitahu bahawa maklumat juga diberikan kepada CTOS oleh pihak penyedia perbankan sendiri.
Kebanyakan yang menjadi mangsa maklumat CTOS ini adalah terdiri daripada pengguna kad kredit yang tidak membayar dan begitu juga dengan pembeli rumah atau hartanah.Dan akiat daripada tidak dapat membayar pinjaman atau kredit yang telah diberikan, ramai yang telah disytihar muflis.Kebanyakkan mereka yang diisytihar muflis merupakan di kalangan anak-anak mudah di dalam golongan umur 21 hingga ke 40 tahun.Kadar muflis di kalangan belia adalah amat membimbangkan.


Apa yang penting, kebanyakan pemberi pinjaman kredit samada bank atau pemberi syarikat kredit lain masih ada yang menggunakan CTOS untuk membuat semakan terhadap sejarah kewangan seseorang individu.Biasanya, yang mana dah ada “sejarah” hitam dalam CTOS, sudah pasti sukar mendapatkan apa-apa pinjaman. Untuk keterangan lanjut mengenai CTOS, anda boleh terus ke laman web mereka yang disediakan melalui link di bawah

Cara Semakan CTOS Secara Online


Sebelum ini, agak ramai yang susah nak buat semakan nama mereka dalam CTOS walaupun dibenarkan berbuat demikian. Ini kerana, individu yang ingin membuat semakan perlu datang sendiri ke pejabat CTOS di Megan Avenue di Jalan Tun Razak.Sudah pasti ini akan membebankan mereka yang duduk jauh daripada Kuala Lumpur.

Namun yang baiknya, CTOS Sdn. Bhd. sudah mula membangunkan laman web online khas kepada individu mahupun syarikat untuk membuat semakan sendiri atau “Self-Check” CTOS dengan mendaftar di laman yang disediakan. Berikut di bawah kami tunjukkan cara-cara mendaftar untuk membuat semakan CTOS dan mendapatkan report atau penyata CTOS anda.

Pergi ke https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/Welcome? untuk mulakan pendaftaran.Klik pada “Register CID” pada gambarajah dibawah.

check CTOS online
Langkah pertama pendaftaran CID CTOS
Ada 3 cara untuk Register CID untuk membuat semakan CTOS.3 Cara tersebut adalah( Dalam bahasa English):

OPTION 1: By Online RegistrationComplete the online registration form. Send the printed online registration form with a photocopy of your MyKad(both sides) to CTOS. 
OPTION 2: By Biometric Registration:Please bring your MyKad to the CTOS office. Your CID registration will be completed upon biometric verification. 
OPTION 3: By Manual Registration:Complete the CID Application Form. Send the completed form and a photocopy of your MyKad(both sides) to CTOS.Click here to download the CID registration form.

Memandangkan anda ingin menyemak secara online, maka teruskan menekan butang seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah untuk meneruskan pendaftaran CID

check CTOS online how
Langkah ke-2 Pendaftaran CID CTOS
Baca terma dan syarat yang dipaparkan terlebih dahulu.Ada 2 veris iaitu English dan bahasa melayu.Namun, nasihat kami, baca kedua-duanya sekali, kerana sekiranya terdapat konflik mengenai maklumat, terma dan syarat dalam Bahasa Inggeris akan digunapakai. Setelah puas hati dengan terma dan syarat, tekan butang “Agree” untuk meneruskan pendaftaran.

how to check ccris ctos
Langkah ke-3 Pendaftaran CID CTOS
Isikan maklumat seperti yang diminta.Kotak yang mengandungi tanda * adalah Mandatori, bermakna ianya perlu disi dengan maklumat. Setelah selesai mengisi maklumat, klik pada butang seperti gambarajah di bawah.

apa itu ctos
Langkah ke-4 Pendaftaran CID CTOS
Sekiranya alamat anda adalah sama dengan alamat yang tertera di dalam MYkad, maka anda hanya perlu tick sahaja kotak yang disediakan dan teruskan dengan mengisi maklumat mengenai pekerjaan pula.Sekiranya alamat berbeza, maka anda perlu mengisi maklumat tersebut terlebih dahulu, atau pendaftaran anda mungkin tidak diluluskan.

how to check my ctos online
Langkah ke-5 Pendaftaran CID CTOS
Isikan maklumat pekerjaan seperti yang diminta.Kemudian, akhir sekali, tekan butang “Save Registration Details”. kemudian, login ke akaun E-mail anda untuk mendapatkan pengesahan serta gunakan alamat E-mail tersebut untuk anda menghantar salinan MYKAD anda.Ini langkah penting kerana sekiranya anda menghantar salinan MYKAD anda, pendaftaran anda tidak dapat diluluskan.

semak ctos
Langkah Ke-6 Pendaftaran CTOS
Dalam masa 24jam, sekiranya anda telah mengikut langkah-langkah yang diberikan, anda akan dapat login ke akaun CTOS anda dan boleh membuat semakan CTOS.
Yang pastinya, dengan kemudahan terbaru ini, menyemak CTOS secara online jelas dapat menjimatkan wang dan masa.Namun ingin sekali kami tegaskan, kami sesekali tidak bersetuju dengan CTOS ini.Mungkin ada diantara anda juga mempunyai pendapat yang sama dengan kami.
Walauapapun, akan kami ceritakan lebih lanjut mengapa kami tidak bersetuju dengan perkhdimatan CTOS ini di artikel yang akan datang.Sekiranya anda merasakan artikel ini layak untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain, mengapa tidak anda share dengan kawan-kawan anda? Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh sahaja menghubungi mereka dalam kotak maklumat dibawah.

CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD (247651H)
Unit A-8-4, 8th floor Megan Avenue 1,
No.189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Call Us
Tel: 03-2770 8833 Fax: 03-2770 8664

P.S. Untuk cepatkan proses kelulusan pendaftaran, telefon sahaja no yang kami berikan dan minta mereka semak dengan pendaftaran anda.Pastikan anda telah menghantar salinan MYKAD terlebih dahulu.Biasanya, ia akan mengambil 4 jam untuk diluluskan.