Contact Me !


Apabila Murid Ke Sekolah Jam 3 Pagi Kerana Kerusi

Posted by Unknown On Monday, September 30, 2013 No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke sekolah terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah ini. Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagi semata-mata untuk merebut kerusi dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak cukupkah prasarana di sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup datang awal untuk merebut kerusi di bahagian hadapan. Hebat!



Percaya atau tidak, ada yang unik di Sekolah Dasar di Brebes, Jawa Tengah. Murid-murid kemasukan baru berangkat dari rumah sekitar jam 3 pagi, dan mereka tiba di sekolah jam 4 pagi! Ketika azan Subuh pun belum lagi berkumandang.

Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin ini inilah cara yang dilakukan para pelajar baru di SD Negeri Pasar Batang 4, Brebes. Setiap tahun baru tiba, para pelajar menyambutnya dengan semangat serta rela berangkat ke sekolah sejak dinihari hanya untuk berebutkan kerusi yang dikehendaki.

Setelah memasuki ruang kelas, orang tua pelajar dan pelajar hanya meletakkan beg di sekolah dan terus meninggalkan sekolah. Meskipun sebenarnya jarak sekolah yang diduduki oleh para pelajar masih satu kampung dengan bangunan sekolah, namun mereka bimbang tidak mendapat kerusi di deretan terdepan.

Salah satu orang tua murid baru, Murni (36) warga Kelurahan Pasarbatang Brebes mengaku rela mengantarkan anaknya seawal pukul 03.00 pagi.

“Kalau terlambat, takut tidak dapat bahagian kerusi depan, kerana dengan duduk di depan, saya berharap anak saya boleh berprestasi,” ujar Murni.

Berian (9), salah satu pelajar kelas 3 SD mengaku, mesti berangkat dari rumahnya pada pukul 03.00 , dia sudah tidak mengantuk. Dan, dia rela berangkat awal pagi supaya boleh mendapatkan kerusi paling depan, agar menjadi anak pandai.

“Nggak ngantuk, supaya duduk di depan,” ujar Berian.

Sementara itu menurut idos (32) penjaga sekolah, mengaku dirinya semalaman tidak tidur. Kerana berebut kerusi terdepan memang sudah menjadi tradisi pelajar di sekitar sekolah ketika hari pertama persekolahan pada tahun baru.

“Semalam saya tidak tidur, kerana saya tahu pasti akan ada yang berebut kerusi terdepan, dan ini sudah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu,” ujar idos. Tidak hairanlah, ia pun sudah bersiap sedia membukakan pintu gerbang menjelang pukul 4 pagi.

Hebat, kan semangat murid sekolah tersebut?

TEGAR MENGAKU HISAP GAM SEBELUM JADI PENYANYI

Posted by Unknown On Thursday, September 26, 2013 No comments
TEGAR AKUI HIDU GAM SEBELUM JADI ARTIS | PENYANYI CILIK KELAHIRAN SUBANG DI INDONESIA, TEGAR AKUI HISAP ROKOK DAN HIDU GAM SEBELUM BERGELAR ARTIS!
Penyanyi kelahiran tanah seberang, Tegar, 12, yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu mengakui pernah menghidu gam dan merokok sebelum bergelar artis popular seperti sekarang.
“Saya sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama teman-teman,” katanya memetik kenyataan Malaysian Digest.
Tegar kini berada di Malaysia.
”Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi penyanyi. Penat juga ya, jadi orang kaya, tapi ya, Alhamdulillah.
Walaupun kehidupannya kini boleh dikatakan senang, namun penyanyi cilik ini berkata dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui sepanjang menjadi penyanyi jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman.
“Saya jadi penyanyi jalanan sejak umur tujuh tahun. Kalau sekali menyanyi, boleh dapat hingga 100,000 rupiah. Tapi pernah juga balik dengan tangan kosong. Tapi sekarang hidup saya sudah jauh berubah. Saya sudah dapat beli rumah dan beli motor,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan Tegar bercadangn untuk menerbitkan novel dan juga filem yang menceritakan pengalaman hidup Tegar dan penggambaran filem itu dijangka akan bermula pada bulan hadapan.
Mumia seorang gadis dari kaum Inca yang yang jugak digelar sebagai "Maiden" oleh para arkeologi ini dianggarkan berumur dalam lingkungan 14-15 tahun sewaktu kematiannya telah terpelihara dengan sempurna selama 500 tahun. Turut ditemui bersebelahan mumia tersebut adalah mumia seorang budak lelaki berusia 7 tahun dan mumia seorang budak perempuan berusia 6 tahun.

Berdasarkan analisis DNA tradisional, para saintis telah mengkaji protein di dalam tisu dan mendapati paru-paru gadis mumia tersebut telah dijangkiti dengan penyakit paru-paru yang menyerupai batuk kering. Buat pertama kalinya jangkitan seumpama ini telah dikesan dalam mumia.

Menurut para arkeologi. tidak mustahil kanak-kanak berkenaan telah dikorbankan berdasarkan penemuan perak, emas, pakaian, mangkuk tembikar yang penuh dengan makanan dan tengkolok mewah dilengkapi bulu burung putih berhampiran mayat mereka.

#Best ni baca malam-malam.









VIDEO ISTERI MAT YO MAKI HAMUN DAN HINA PAKCIK SECURITY?

Posted by Unknown On Tuesday, September 24, 2013 No comments

VIDEO ISTERI MAT YO KURANG AJAR MAKI HAMUN DAN HINA PENGAWAL KESELAMATAN | Video ini mula menjadi perhatian ramai semalam dan ianya menunjukkan perilaku isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.


TONTON VIDEO BINI MAT YO MAKI HAMUN DAN HINA PAKCIK PENGAWAL KESELAMATAN DI BAWAH.

Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah

Posted by Unknown On Sunday, September 22, 2013 No comments
Akhirnya, Norish Karman telah mengaku bahawa dia telah lahirkan anak luar nikah. Sebelum ni, kecoh dengan penyebaran gambar Norish Karman berada di hospital swasta di Subang pada tahun 2011. Menurut Norish, anak yang diberi nama Haq Lutfie Alexander itu dilahir pada 24 September 2011.


Kenyataan Dari Norish Karman

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” katanya dipetik sebagai berkata kepada media. Namun bila ditanya tentang status anak tersebut, Norish bagaimanapun masih lagi enggan mendedahkannya. Katanya, biarlah kehadiran anaknya itu menjadi rahsia antara dirinya dengan Allah SWT.


“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita dan ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” tambahnya bersungguh.

Sumber: Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah | melvister.com


Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen.

Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.

Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.

Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

Sumber

Gempar! Tasha Shilla Ditangkap Khalwat Dengan Mahali Jasuli

Posted by Unknown On Friday, September 20, 2013 No comments
\
Pelakon terkenal, Tasha Shilla telah dikhabarkan ditangkap khalwat dengan seorang pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mahali Jasuli baru-baru ini.

Tasha Shilla menyatakan perkara tersebut adalah tidak benar dan sangat memalukan dirinya dan keluarga.

“Saya sedih dan kecewa bila orang mengaitkan saya dengan isu pemain bola sepak yang ditangkap khalwat hanya kerana saya berkawan dengan Mahali Jasuli.

“Ketika mendengar tentang khabar angin itu saya sangat terkejut dan nasib baik ibu bapa saya tahu saya berada dimana ketika itu dan faham dengan situasi tersebut,” katanya.
Ranking: 5


 HULU SELANGOR - “Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin.

Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti,” kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.

Omar berkata, dia membelikan baju Melayu untuk arwah anaknya kerana kebetulan jualan murah dan boleh digunakan menyambut Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, dia reda setelah menerima khabar anak kesembilannya itu meninggal dunia semalam.

“Pak cik dapat tahu Uda (Mohamad Hafiz) meninggal dunia selepas membuat laporan polis bersama anak sulung pak cik (Mohamad Hatta, 48) mengenai penemuan mayat rakannya, Hamsi.

“Tapi sebelum itu, Hatta dah pergi lihat pondok itu tapi dia tidak jumpa arwah Uda sebab dia dalam pondok. Hatta cuma nampak arwah Hamsi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.



Menurutnya, sebelum penemuan kedua-dua mayat tersebut, saudaranya dikenali sebagai Pak Musa datang ke rumahnya, kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian, dengan membawa MyKad, lesen memandu dan kunci motosikal Mohamad Hafiz.

Katanya, Pak Musa menjumpai dompet anaknya hanyut di Sungai Bernam, dekat Kuala Slim kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Saya rasa tak sedap hati dan menyuruh Hatta cari Uda di pondok itu. Tapi masa itu, Hatta hanya jumpa arwah Hamsi.

“Hanya selepas polis datang, baru nampak mayat Uda dalam pondok,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Suprintendan Zulkifli Bidin berkata mayat Muhamad Hafiz dan Hamsi ditemui kira-kira 4.30 petang semalam oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

“Kami percaya kedua-dua mereka tinggal di pondok itu dan merupakan penjaga kebun kelapa sawit tersebut serta ternakan yang dipelihara di situ,” katanya.

Zulkifli berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, bekas isteri arwah Hamsi, Rohani Nazir, 41, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menemui arwah pada Rabu lalu ketika datang melawat dua anak mereka.

Menurutnya, walaupun telah bercerai setahun lalu, hubungan mereka tetap baik dan arwah masih menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah.

“Saya baru saja sambut hari lahir anak kedua saya, Shahrizal Hamsi (adik), 8, tengah hari tadi (semalam) walaupun tarikh lahirnya, 13 Julai nanti.

“Adik kata dia memang nak bagi kek pada ayahnya, tapi tidak sempat kerana dia sudah tiada,” katanya.

Rohani bagaimanapun reda di atas kejadian yang menimpa bekas suaminya.

P/s: Al fatihah. Semoga pembunuh mereka ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Naquia Yasirah berstatus janda, Black Mentor mengamuk

Posted by Unknown On Tuesday, September 17, 2013 No comments


Naquia Yasirah berstatus janda, Black Mentor mengamuk - Tindakan segelintir individu mendakwa isterinya, Naquia Yasirah sebagai berstatus janda telah membuatkan Black Mentor berang dan segera tampil untuk membidas tanggapan yang tidak masuk akal itu.

Menurut Black, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali dan isterinya bukan berstatus janda seperti yang dikhabarkan oleh sumber-sumber yang tidak dipastikan kesahihan dan kebenarannya.

“Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan.”

Dalam perkembangan sama, penyanyi Teman Pengganti itu turut memperbetulkan tanggapan orang ramai berhubung kaitan persaudaraan antara Naquia Yasirah dan pelakon Datin Umie Aida. Katanya, Naquia bukan anak saudara kepada pelakon itu tetapi anak saudara kepada suaminya.

"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan." 
“Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk." 
“Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar,” jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini."

Kembar 12 Terpaksa Dibunuh

Posted by Unknown On Monday, September 16, 2013 No comments

Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''

Lans Korporal Fadzli Omar Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua

Posted by Unknown On Sunday, September 15, 2013 No comments
Lans Korporal Fadzli Omar merupakan polis yang tembak isteri dan bapa mertua sebelum bunuh diri. Terkini, suspek tidak mempunyai rekod penyakit mental dan merupakan seorang kakitangan yang mempunyai prestasi baik. Suspek didakwa menembak mati isterinya di rumah mereka di kuaters Felda Chempelak di Segamat di mana beliau ditugaskan sebelum mengambil anaknya yang berusia dua tahun untuk pergi ke rumah mertua di Jalan Ja’amat. Suspek turut menembak mati bapa mertuanya Ab Kadir Md Arif di bahagian kepala di ruang tamu dan kemudian menembak kepalanya sendiri. Kejadian yang berlaku 7.30 malam Sabtu ketika seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri.

Gambar Lans Korporal Fadzli Omar

Lans-Korporal-Fadzli-Omar

Laporan Kejadian
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer. Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Video Laporan Kes Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua



Gambar Kejadian Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri

kes polis tembak 1 

kes polis tembak2 

kes polis tembak3


sumber

Wanita Tertelan Berus Gigi Ketika Sedang Gosok Gigi

Posted by Unknown On Sunday, September 15, 2013 No comments

Shanghai: Seorang wanita berusia 25 tahun dari Yangzhou di wilayah Jiangsu dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas tertelan sebatang berus gigi. Kejadian berlaku ketika dia memberus gigi sambil bercakap menerusi telefon.

“Berus gigi itu terjatuh ke dalam rongga tekak dan jatuh ke dalam perut,” kata sumber perubatan.Doktor mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan berus gigi berkenaan.Sementara itu, dalam kejadian lain,Sebatang penyepit sepanjang lima sentimeter dikeluarkan dari kepala seorang lelaki di Chengdu oleh sekumpulan doktor minggu ini.

Penyepit berkenaan memasuki kepala itu melalui rongga matanya sembilan bulan lalu.Menurut Shanghai Daily, lelaki berusia 57 tahun bernama Wen itu hidup dengan penyepit berkenaan dalam rongga hidungnya tanpa menyedari ia ada di situ.Kejadian berlaku Disember tahun lalu ketika Wen yang sedang makan tengah hari tergesa-gesa meluru untuk menyelamatkan cucunya yang hampur terjatuh.

Dia terjatuh di atas lantai yang licin dan penyepit yang dipegangnya tercucuk ke dalam rongga matanya tanpa menembusi pancaindera itu.Sebahagian penyepit itu patah tetapi Wen yang agak mabuk selepas minum arak tidak menghiraukan matanya yang berdarah dan membuang penyepit berkenaan.

Beberapa bulan kemudian luka dialaminya tidak sembuh. Imbasan sinar X mendedahkan bahawa terdapat sebahagian penyepit di antara rongga mata kiri dan rongga hidungnya.Sebelum dibedah Wen mengatakan dia tidak berasa sakit. Dia hanya rasa tidak selesa apabila mengenyit mata. - Agensi

Video Sedih Organ Dalaman Kanak-Kanak Dibuang

Posted by Unknown On Saturday, September 14, 2013 No comments

Memang Sedih!!! tak mampu admin melihat video ini hingga habis.Namun ia perlu dijadikan pengajaran kepada kita.Tambahan pula sekarang Admin lihat ibu bapa ambil sikap sambil lewa terhadap anak-anak mereka tanpa dikawal dengan ketat.

Pekerja RTM Digantung Kerja Kerana Tersalah Siar Logo PDRM

Posted by Unknown On Friday, September 13, 2013 No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM kelmarin.




Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

“Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tatatertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuatnaik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. – Bernama

Budak maut kena langgar kereta undur

Posted by dutax_syukk07 On Thursday, September 12, 2013 No comments

                                                                        Ibu mangsa memeluk mayat Mohd Adam yang maut akibat dirempuh kereta di Taman Kerian dekat Parit Buntar. - Foto Shaiful Shahrin Ahamd Pauzi


Parit Buntar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dilanggar kereta mengundur selepas enjinnya dihidupkan abangnya berusia empat tahun di rumah mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohd Adam Mohd Ali dikatakan sedang mengambil seliparnya sebelum abangnya, Aiman Yasin yang melihat kunci kereta terus menghidupkan enjinnya dan dipercayai tertolak gear mengundur mengakibatkan kenderaan itu melanggar mangsa dan dinding rumah.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, dia baru pulang menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu sebelum pulang ke rumah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Katanya, setiba di rumah, dia masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising mangsa dan abangnya di luar rumah.

“Saya segera keluar dan melihat Aiman Yasin bermain di tempat duduk pemandu dan cuba menghidupkan enjin manakala Mohd Adam sedang berada di belakang kereta untuk memakai selipar.

“Saya cuba menahan Aiman Yassin tetapi sudah terlambat. Kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Mohd Ali berkata, sebaik kereta itu mengundur, dia terdengar bunyi jeritan kesakitan diselangi jeritan anak perempuannya mengatakan adiknya dilanggar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

sumber berita harian

Lagi Nahas Di Genting Highlands 13 Cedera

Posted by Unknown On Thursday, September 12, 2013 No comments
Lagi Nahas Di Genting Highlands…13 Cedera

KUALA LUMPUR – Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, hari ini.
 
Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.
 
“Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dibawa laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat kemalangan itu bagi mengenal pasti punca sebenar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
 
Azizan berkata, 13 mangsa yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
Beliau berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.
 
“Laporan awal mendapati bas pelancong membawa 13 penumpang (dan seorang pemandu), manakala bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur membawa 25 orang termasuk pemandu.
 
“Pemandu dua bas berkenaan hanya mengalami luka ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
 
Beliau berkata, tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan 30 pegawai dan anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Selayang dan Bentong.
Sementara itu, pemandu treler, Aris Embong , 53, berkata, ketika kejadian itu dia memandu perlahan dan berada di hadapan kereta Toyota Vios.
 
“Sebelum kejadian saya nampak sebuah bas bergerak laju lalu melanggar sebuah bas yang berada di hadapannya…kemudian bas kedua (yang dilangggar) itu melanggar treler yang saya bawa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – Bernama

TERLALU KECEWA, SYAMSUL MAHU BERHENTI MENGARAH…TIDAK HADIR PREBIU

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, September 11, 2013 No comments
Akibat terlalu kecewa dengan insiden filem kelapan arahannya, KL Gangster 2 disabotaj, Syamsul Yusof menyatakan hasrat mahu berhenti daripada mengarah filem selepas ini. Luahan itu telah disuarakan kepada bapanya yang juga merupakan penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam.


“Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.
“Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya.
“Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal”, dedah Datuk Yusof Haslam mengenai luahan anaknya itu ketika di sidang media malam pratonton KL Gangster 2 bertempat di One Utama, malam tadi.


Yusof juga memaklumkan Syamsul tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih lagi dalam keadaan tertekan.Pada petang 28 Ogos lalu, dunia filem tempatan dikejutkan dengan berita filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat itu dikatakan telah tersebar di Internet dan boleh dimuat naik secara percuma.
Tambah pemilik empayar pengeluar filem, Skop Production ini lagi, sekiranya anaknya itu tetap dengan keputusan mahu mengundur daripada dunia bikinan filem ia merupakan satu kehilangan besar pada industri perfileman tanah air. Apatah lagi Syamsul sebelum ni pernah mencipta beberapa rekod kejayaannya sebagai pengarah muda berpotensi tinggi.
“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Selama ini saya bangga dengan dia.
“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tak putus asa. Saya ada pujuk dia, saya katakan pada dia yang saya akan berjuang habis-habisan. Malah adiknya Syafiq pun cuba memujuk dia agar jangan undur diri”, katanya.

Berjuang Hingga Mati!

Dalam pada itu mengenai perkembangan siasatan setakat ini, Yusof memberitahu siasatan masih sedang dijalankan dan beliau menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Namun beliau mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap penjenayah-penjenayah siber dan cetak rompak terbabit.
“Sekarang ni saya serahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama pihak kami juga jalankan siasatan. Saya cuma berharap pihak berkuasa tak ambil masa lama untuk menyiasat kalau ambil masa lama, bermakna kita biarkan penjenayah ini berleluasa.
“Kita redha dengan ujian Allah ini. Yang mana dah bocor, bocor lah tapi saya percaya penonton yang cintakan filem melayu dan kualiti, mereka akan datang menonton di pawagam.
“Saya akui dengan isu ini kutipan akan terjejas. Tapi kita terima. Namun ia tak mematahkan semangat saya, anak saya dan Skop Production. Saya tak akan berhenti! Saya akan terus berjuang habis-habisan! Saya akan berjuang hingga saya mati!”, katanya.
KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.
Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura. –Malaysian Digest

SEKSI – FIDA IBRAHIM DIMAKI KERANA BERPAKAIAN SEKSI (5 Gambar)

Posted by Unknown On Tuesday, September 10, 2013 No comments
Menerusi laman Istagram milik Fida Ibrahim, beliau baru – baru ini menyiarkan gambar – gambar photoshoot beliau dengan mengayakan busana silver yang anggun dan sedikit seksi. Lantaran daripada gambar – gambar tersebut, peminat beliau marah dan kecewa kerana pakaian yang dipakai agak keterlaluan kerana Fida Ibrahim terkenal dengan fashion berhijab ala – ala islamik.
















Kasihan Anak Diikat Ketika Ibu Bapa Keluar Bekerja

Posted by Unknown On Monday, September 09, 2013 No comments

Kasihan Anak Diikat Ketika Ibu Bapa Keluar Bekerja | Pelbagai perkara pelik yang berlaku di sana. Antaranya soal penjagaan anak. Terdapat beberapa tempat yang boleh dikira mungkin sebagai kawasan pendalaman memperlihatkanbagaimana ibu bapa menjaga anak kecil mereka ketika keluar bekerja. Gambar di bawah ini menceritakan segalanya apabila ada anak yang diikat dan perbuatan itu dilihat sebagai satu yang kejam. Boleh lihat gambar di bawah ini.







Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja. Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.

Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka. Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.

Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?

Budak-budak mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa. Tak dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.

Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.

Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.

Kesian dekat budak kecil.

Nabila Huda Excident Di Karak , Anak Patah Tangan

Posted by Unknown On Sunday, September 08, 2013 No comments


 Ahad, 8 September 2013

Anak Nabila Huda patah tangan kemalangan di lebuhraya karak - Khabarnya Nabila Huda dan anak perempuannya, Keisha, terlibat dalam satu kemalangan mengerikan di lebuhraya Karak ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan kira-kira lewat pagi tadi.

Daripada komen-komen peminat di akaun Instagram milik pelakon itu, Keisha difahamkan patah tangan selepas tercampak dari kenderaan pacuan empat roda manakala Nabila Huda pula tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kecederaan yang dialami anak Nabila Huda itu turut disahkan oleh bekas suaminya menerusi kenyataan marah di akaun Twitternya.


Lima korban Kancil- lori bertembung

Posted by Unknown On Sunday, September 08, 2013 No comments
OLEH KERANA LAPORAN NAMA DAN FAKTA AGAK BERCANGGAH DI ANTARA  SUMBER BERITA, MAKA PENULIS BLOG INI CUBA MERINGKASKANNYA SEPERTI YANG BERIKUT BERDASARKAN SUMBER-SUMBER YANG TERDAPAT DI LAMAN WEB.


PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU KESILAPAN DALAM LAPORAN NAMA MANGSA YANG MAUT DAN YANG CEDERA DAN MENGALU-ALUKAN SEBARANG PEMBETULAN. TERIMA KASIH.


FAKTA KEJADIAN

LOKASI: Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei 
TARIKH DAN WAKTU: 19 Jul, sekitar jam 9.05 pagi
KEJADIAN: Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki 7 sekeluarga itu yang dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman bertembung dengan lori pembancuh simen 

MANGSA YANG MAUT:
Mohd Richell Abdullah @ Rachell Nyaring, 22, (pemandu kereta)
Santi Abdullah @ Minggat, 21, (isteri Rachell),
Jamilah Abdullah @ Minggat, 24, (kakak Santi)
Jamayah Ali, 42, (ibu Santi)
Nur Raymie Abdullah @ Noraini Bagio, 11 bulan (anak saudara Santi)

MANGSA YANG CEDERA:
Salbiah Abdullah @ Minggat, 19 (adik Santi dan ibu kepada Nur Raymie)
Rizal Mustapha @ Rudi Minggat Abdulah, 1 (anak Santi)




MENGERIKAN: Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di dalam kereta Kancil yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori pembancuh simen dalam kemalangan di kawasan San Raba, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Tiga wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kemalangan ngeri di antara sebuah ke-reta Kancil dan lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei dekat sini, pagi semalam.

Kemalangan maut yang berlaku sekitar jam 9.05 pagi di kawasan San Raba itu turut menyebabkan seorang lagi wanita dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan parah.

Mereka yang terkorban ialah pemandunya Mohd Richell (Rachell Nyaring), 22, Santi Abdullah, 19, (isteri Rachell), Jamillah Ali, 24, Jamayah Ali, 24 (kembar) dan Nur Raymie Abdullah berusia satu tahun.

Manakala mangsa yang cedera parah ialah Janggah Hamiyah, 47, (ibu mentua Rachell) dan Rudi Minggat Abdulah yang berumur satu tahun lebih dan merupakan anak kepada Rachell.

Menurut sumber, kesemua mangsa yang terdiri daripada satu keluarga itu dalam perjalanan dari Engkilili menuju ke Sri Aman.

“Kenderaan yang dinaiki semua mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan di kawasan San Raba lalu bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen dari arah Sri Aman.

“Lima daripada mereka terbunuh serta-merta, manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di Unit Kecemasan Hospital Bahagian Sri Aman, tambahnya.

Kesemua mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik mayat hospital untuk tindakan lanjut.

Utusan Borneo 20 Jul 2012


Lima maut termasuk seorang bayi 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kancil dengan sebuah lori simen di Jalan Sri Aman-Sarikei, Sri Aman, Sarawak, semalam.

SRI AMAN 19 Julai - Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen pagi ini.

Nahas ngeri itu berlaku pukul 9.05 pagi di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei dengan mengakibatkan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka ialah pemandu kereta, Rachael Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24; Jamaah Ali, 42, dan Noraini Bagio, setahun.

Dua lagi penumpang iaitu ibu kepada Noraini, Salbiah Minggat, 19, dan anak kepada Rachael, Rizal Mustapha, 1, turut mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, kemalangan negeri itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Rachael cuba memotong tiga buah kenderaan di hadapannya sewaktu hujan renyai-renyai.

Bagaimanapun, cubaan memotong itu gagal dan kereta berkenaan bertembung dengan lori pembancuh simen yang datang dari arah Sri Aman.

"Akibat pertembungan itu, kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan menyebabkan kebanyakan penumpangnya tersepit.

"Polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Mat Jusoh berkata, mayat kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

"Salbiah yang patah tangan kanan, paha kanan, kaki kiri dan luka-luka di muka manakala Rizal Mustapha yang cedera parah turut dihantar ke hospital yang sama.

"Mereka kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Utusan 20 Jul 2012


Lima korban Kancil- lori bertembung

KEADAAN mangsa di dalam kereta Kancil yang bertembung dengan lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba, Sarawak semalam.

SRI AMAN - Seorang bayi antara lima yang maut setelah sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba di sini semalam.

Bayi berusia setahun yang terkorban dalam kemalangan pada pukul 9.05 pagi itu ialah Noraini Bagio, anak kepada Salbiah Minggat, 19, yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.

Empat lagi mangsa lain yang maut ialah pemandu kereta, Rachael Anak Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24, dan Jamaah Ali, 42.

Santi dan Salbiah merupakan adik-beradik kembar. Jamilah merupakan kakak kepada adik-beradik kembar itu.

Kelima-lima mangsa malang itu mati di tempat kejadian.

Kosmo 20 Jul 2012


5 bersaudara maut nahas kereta, lori

Bomba dan penyelamat membawa mayat mangsa dari kereta Kancil yang terperosok di bawah lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei, semalam.



Saksi dengar suara mengerang, tangisan bayi 

Engkilili: Lima bersaudara termasuk bayi 11 bulan serta dua saudara mereka maut selepas kereta PERODUA Kancil dinaiki bertembung lori simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei, semalam.

Tujuh mangsa dari Engkilili itu dalam perjalanan menghantar Jamilah Minggat, 24, dan bayinya, Noraini Bagio, 11 bulan, mendapat rawatan di Hospital Sri Aman.

Bagaimanapun pada jam 9.05 pagi, kereta dipandu Mohd Rachael Abdullah, 22, terbabas sebelum bertembung lori menghala ke arah Lubok Antu itu.

Akibatnya, Mohd Rachael; isterinya, Santi Minggat, 19; ibu Santi, Jamaah Ali, 42, dan Noraini yang berada dalam pelukan Jamilah, maut tersepit di dalam kereta yang sesak. Anak Mohd Rachael, Rizal Mustapha, 1, dan adik iparnya, Salbiah Minggat, 21, kini kritikal di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit memasuki laluan bertentangan menyebabkan pertembungan kuat dengan lori simen. Lima mangsa maut di lokasi, manakala dua yang terselamat cedera parah,” katanya ketika dihubungi.

Salbiah dilaporkan patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanan, manakala Rizal cedera di muka dan badan. Pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang saksi yang bekerja di kedai runcit berdekatan, John Ambia, 25, berkata dia terdengar dentuman kuat ketika hendak memulakan kerja lalu bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Kancil terperosok di bawah lori.

“Saya juga terdengar suara mengerang dan tangisan bayi. Beberapa pengguna jalan kemudian membantu mengeluarkan dua mangsa sementara menunggu pasukan bomba datang mengeluarkan mereka yang tersepit,” katanya.

Berita Harian 20 Jul 2012


Mati serentak


TRAGEDI...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa yang maut dalam nahas selepas kereta dipandu bertembung lori simen, semalam.

SRI AMAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami lihat bayi perempuan masih dalam pangkuan seorang wanita di tempat duduk depan dan berkeadaan kaku,” kata Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Sri Aman, Tony Morni ketika membantu mengeluarkan lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lima daripada tujuh sekeluarga itu terbunuh serta-merta apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung lori pembancuh simen.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu Perodua Kancil, Mohd Rachael Abdullah, 22, dan isterinya, Santi Minggat, 19.

Turut terbunuh ibu Santi, Jamaah Ali, 42, kakaknya, Jamilah, 24, dan anak saudara perempuan Santi berusia 12 bulan, Noraini Bagio.

Kelima-lima mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu kakak Santi yang juga ibu kepada Noraini, Salbiah, 21, dan anak lelaki Santi berusia 12 bulan, Rizal Mustapha Mohd Rachel, cedera parah.

myMetro 20 Jul 2012


Fatal trip to Sri Aman

SRI AMAN: Five people in a family died on the spot in a head-on collision between a Perodua Kancil car and a cement mixer truck at KM24 near the San Raba area along Sri Aman-Serian road around 9am yesterday.

Deceased
Mohd Richell, 22 year old - Driver
Santi Abdullah, 19 year old - Driver’s wife
Jamillah Ali, 24 year old - Twins
Jamayah Ali, 24 year old - Twins
Nur Raymie, 1 year old - Driver’s daughter

Injured
Janggah Hamiya, 47 year old - Santi’s mother
Rudi Minggat, 1 year old - Driver’s son

Those killed in the accident were the driver of the car Mohd Richell alias Rachell Nyaring, 22, his 19-year-old wife Santi Abdullah, a one-year-old girl and a pair of twins.

The toddler was identified as Nur Raymie Abdullah while the twins were sisters Jamillah Ali, 24, and Jamayah, believed to be relatives of Richell and Santi.

The seriously injured were identified as Santi’s mother Janggah Hamiyah, 47, and Santi’s one-year-old son Rudi Minggat Abdullah.

A source disclosed that the victims were travelling from Engkilili to Sri Aman while the cement mixer truck was on its way from Sri Aman and the collision allegedly occurred when the car strayed into the opposite lane.

The truck driver escaped unhurt while the injured victims were admitted to the Sri Aman hospital.

The bodies are now at the mortuary of the same hospital pending post mortem.

Meanwhile, a check on the number of fatal accidents along the Pan Borneo trunk road this year showed that there were 16 fatal accidents resulting in 29 deaths from February till now.

The bulk of the tragedies occurred in Sri Aman and Bintulu divisions with seven fatal accidents occurring in each division.

The seven fatal collisions in Sri Aman claimed 16 lives while 11 people died in the accidents in Bintulu.


ACCIDENT SCENE: The driver and passengers are trapped in the car after their car knocked by a lorry. – Photo source from See Hua Daily News

The 1 year old baby girl was the first victim announced dead.  – Photo source from See Hua Daily News


FRONT VIEW: The driver ,his wife and the 1 year old daughter was trapped inside the car. – Photo source from See Hua Daily News



The minor victim was trapped inside. – Photo source from See Hua Daily News


THE deceased driver was carried out from the car. – Photo source from See Hua Daily News


The victims’ bodies were to be sent to mortuary.  – Photo source from See Hua Daily News


ONE of the survived toddler Rudi Minggat Abdullah was sent to the hospital. – Photo source from See Hua Daily News



CRITICALLY INJURED: Janggah Hamiyah, 47 year old survivor of the accident sent to the hospital. – Photo source from See Hua Daily News

The Borneo Post 20 Jun 2012


Rintihan ibu cari anak


KUCHING: “Mana anak aku...Mana anak aku?” itulah pertanyaan pertama diajukan Salbiah Minggat, 19, sebaik tersedar daripada pengsan selepas kereta dinaiki bersama enam ahli keluarga lain terbabit kemalangan ngeri di Kilometer 24, Jalan Engkilili-Sri Aman, pagi kelmarin.

Dalam kemalangan itu, Salbiah kehilangan puteri sulungnya, Noraini Bagio, setahun, yang terbunuh di tempat duduk penumpang depan selepas Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung lori pembancuh simen dalam kejadian jam 9 pagi itu.

Menurut Salbiah, dia meminta pertolongan kakaknya, Santi, 21, dan abang ipar, Mohd Rachael Abdullah, 22, yang turut terbunuh, menghantar Noraini ke Hospital Sri Aman (HSA) untuk rawatan kerana demam.

“Noraini sudah dua hari demam, jadi saya meminta bantuan arwah kakak dan abang ipar menghantar ke HSA kerana suami bekerja di Kapit.

“Sepanjang perjalanan, Noraini tidak mahu berenggang malah meminta saya memeluknya. Dia sering menangis dan hanya terdiam dalam dakapan saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

myMetro 21 Jul 2012