Contact Me !


Lima korban Kancil- lori bertembung

Posted by Unknown On Sunday, September 08, 2013 No comments
OLEH KERANA LAPORAN NAMA DAN FAKTA AGAK BERCANGGAH DI ANTARA  SUMBER BERITA, MAKA PENULIS BLOG INI CUBA MERINGKASKANNYA SEPERTI YANG BERIKUT BERDASARKAN SUMBER-SUMBER YANG TERDAPAT DI LAMAN WEB.


PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU KESILAPAN DALAM LAPORAN NAMA MANGSA YANG MAUT DAN YANG CEDERA DAN MENGALU-ALUKAN SEBARANG PEMBETULAN. TERIMA KASIH.


FAKTA KEJADIAN

LOKASI: Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei 
TARIKH DAN WAKTU: 19 Jul, sekitar jam 9.05 pagi
KEJADIAN: Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki 7 sekeluarga itu yang dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman bertembung dengan lori pembancuh simen 

MANGSA YANG MAUT:
Mohd Richell Abdullah @ Rachell Nyaring, 22, (pemandu kereta)
Santi Abdullah @ Minggat, 21, (isteri Rachell),
Jamilah Abdullah @ Minggat, 24, (kakak Santi)
Jamayah Ali, 42, (ibu Santi)
Nur Raymie Abdullah @ Noraini Bagio, 11 bulan (anak saudara Santi)

MANGSA YANG CEDERA:
Salbiah Abdullah @ Minggat, 19 (adik Santi dan ibu kepada Nur Raymie)
Rizal Mustapha @ Rudi Minggat Abdulah, 1 (anak Santi)




MENGERIKAN: Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di dalam kereta Kancil yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori pembancuh simen dalam kemalangan di kawasan San Raba, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Tiga wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kemalangan ngeri di antara sebuah ke-reta Kancil dan lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei dekat sini, pagi semalam.

Kemalangan maut yang berlaku sekitar jam 9.05 pagi di kawasan San Raba itu turut menyebabkan seorang lagi wanita dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan parah.

Mereka yang terkorban ialah pemandunya Mohd Richell (Rachell Nyaring), 22, Santi Abdullah, 19, (isteri Rachell), Jamillah Ali, 24, Jamayah Ali, 24 (kembar) dan Nur Raymie Abdullah berusia satu tahun.

Manakala mangsa yang cedera parah ialah Janggah Hamiyah, 47, (ibu mentua Rachell) dan Rudi Minggat Abdulah yang berumur satu tahun lebih dan merupakan anak kepada Rachell.

Menurut sumber, kesemua mangsa yang terdiri daripada satu keluarga itu dalam perjalanan dari Engkilili menuju ke Sri Aman.

“Kenderaan yang dinaiki semua mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan di kawasan San Raba lalu bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen dari arah Sri Aman.

“Lima daripada mereka terbunuh serta-merta, manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di Unit Kecemasan Hospital Bahagian Sri Aman, tambahnya.

Kesemua mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik mayat hospital untuk tindakan lanjut.

Utusan Borneo 20 Jul 2012


Lima maut termasuk seorang bayi 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kancil dengan sebuah lori simen di Jalan Sri Aman-Sarikei, Sri Aman, Sarawak, semalam.

SRI AMAN 19 Julai - Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen pagi ini.

Nahas ngeri itu berlaku pukul 9.05 pagi di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei dengan mengakibatkan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka ialah pemandu kereta, Rachael Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24; Jamaah Ali, 42, dan Noraini Bagio, setahun.

Dua lagi penumpang iaitu ibu kepada Noraini, Salbiah Minggat, 19, dan anak kepada Rachael, Rizal Mustapha, 1, turut mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, kemalangan negeri itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Rachael cuba memotong tiga buah kenderaan di hadapannya sewaktu hujan renyai-renyai.

Bagaimanapun, cubaan memotong itu gagal dan kereta berkenaan bertembung dengan lori pembancuh simen yang datang dari arah Sri Aman.

"Akibat pertembungan itu, kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan menyebabkan kebanyakan penumpangnya tersepit.

"Polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Mat Jusoh berkata, mayat kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

"Salbiah yang patah tangan kanan, paha kanan, kaki kiri dan luka-luka di muka manakala Rizal Mustapha yang cedera parah turut dihantar ke hospital yang sama.

"Mereka kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Utusan 20 Jul 2012


Lima korban Kancil- lori bertembung

KEADAAN mangsa di dalam kereta Kancil yang bertembung dengan lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba, Sarawak semalam.

SRI AMAN - Seorang bayi antara lima yang maut setelah sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba di sini semalam.

Bayi berusia setahun yang terkorban dalam kemalangan pada pukul 9.05 pagi itu ialah Noraini Bagio, anak kepada Salbiah Minggat, 19, yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.

Empat lagi mangsa lain yang maut ialah pemandu kereta, Rachael Anak Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24, dan Jamaah Ali, 42.

Santi dan Salbiah merupakan adik-beradik kembar. Jamilah merupakan kakak kepada adik-beradik kembar itu.

Kelima-lima mangsa malang itu mati di tempat kejadian.

Kosmo 20 Jul 2012


5 bersaudara maut nahas kereta, lori

Bomba dan penyelamat membawa mayat mangsa dari kereta Kancil yang terperosok di bawah lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei, semalam.



Saksi dengar suara mengerang, tangisan bayi 

Engkilili: Lima bersaudara termasuk bayi 11 bulan serta dua saudara mereka maut selepas kereta PERODUA Kancil dinaiki bertembung lori simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei, semalam.

Tujuh mangsa dari Engkilili itu dalam perjalanan menghantar Jamilah Minggat, 24, dan bayinya, Noraini Bagio, 11 bulan, mendapat rawatan di Hospital Sri Aman.

Bagaimanapun pada jam 9.05 pagi, kereta dipandu Mohd Rachael Abdullah, 22, terbabas sebelum bertembung lori menghala ke arah Lubok Antu itu.

Akibatnya, Mohd Rachael; isterinya, Santi Minggat, 19; ibu Santi, Jamaah Ali, 42, dan Noraini yang berada dalam pelukan Jamilah, maut tersepit di dalam kereta yang sesak. Anak Mohd Rachael, Rizal Mustapha, 1, dan adik iparnya, Salbiah Minggat, 21, kini kritikal di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit memasuki laluan bertentangan menyebabkan pertembungan kuat dengan lori simen. Lima mangsa maut di lokasi, manakala dua yang terselamat cedera parah,” katanya ketika dihubungi.

Salbiah dilaporkan patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanan, manakala Rizal cedera di muka dan badan. Pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang saksi yang bekerja di kedai runcit berdekatan, John Ambia, 25, berkata dia terdengar dentuman kuat ketika hendak memulakan kerja lalu bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Kancil terperosok di bawah lori.

“Saya juga terdengar suara mengerang dan tangisan bayi. Beberapa pengguna jalan kemudian membantu mengeluarkan dua mangsa sementara menunggu pasukan bomba datang mengeluarkan mereka yang tersepit,” katanya.

Berita Harian 20 Jul 2012


Mati serentak


TRAGEDI...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa yang maut dalam nahas selepas kereta dipandu bertembung lori simen, semalam.

SRI AMAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami lihat bayi perempuan masih dalam pangkuan seorang wanita di tempat duduk depan dan berkeadaan kaku,” kata Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Sri Aman, Tony Morni ketika membantu mengeluarkan lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lima daripada tujuh sekeluarga itu terbunuh serta-merta apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung lori pembancuh simen.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu Perodua Kancil, Mohd Rachael Abdullah, 22, dan isterinya, Santi Minggat, 19.

Turut terbunuh ibu Santi, Jamaah Ali, 42, kakaknya, Jamilah, 24, dan anak saudara perempuan Santi berusia 12 bulan, Noraini Bagio.

Kelima-lima mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu kakak Santi yang juga ibu kepada Noraini, Salbiah, 21, dan anak lelaki Santi berusia 12 bulan, Rizal Mustapha Mohd Rachel, cedera parah.

myMetro 20 Jul 2012


Fatal trip to Sri Aman

SRI AMAN: Five people in a family died on the spot in a head-on collision between a Perodua Kancil car and a cement mixer truck at KM24 near the San Raba area along Sri Aman-Serian road around 9am yesterday.

Deceased
Mohd Richell, 22 year old - Driver
Santi Abdullah, 19 year old - Driver’s wife
Jamillah Ali, 24 year old - Twins
Jamayah Ali, 24 year old - Twins
Nur Raymie, 1 year old - Driver’s daughter

Injured
Janggah Hamiya, 47 year old - Santi’s mother
Rudi Minggat, 1 year old - Driver’s son

Those killed in the accident were the driver of the car Mohd Richell alias Rachell Nyaring, 22, his 19-year-old wife Santi Abdullah, a one-year-old girl and a pair of twins.

The toddler was identified as Nur Raymie Abdullah while the twins were sisters Jamillah Ali, 24, and Jamayah, believed to be relatives of Richell and Santi.

The seriously injured were identified as Santi’s mother Janggah Hamiyah, 47, and Santi’s one-year-old son Rudi Minggat Abdullah.

A source disclosed that the victims were travelling from Engkilili to Sri Aman while the cement mixer truck was on its way from Sri Aman and the collision allegedly occurred when the car strayed into the opposite lane.

The truck driver escaped unhurt while the injured victims were admitted to the Sri Aman hospital.

The bodies are now at the mortuary of the same hospital pending post mortem.

Meanwhile, a check on the number of fatal accidents along the Pan Borneo trunk road this year showed that there were 16 fatal accidents resulting in 29 deaths from February till now.

The bulk of the tragedies occurred in Sri Aman and Bintulu divisions with seven fatal accidents occurring in each division.

The seven fatal collisions in Sri Aman claimed 16 lives while 11 people died in the accidents in Bintulu.


ACCIDENT SCENE: The driver and passengers are trapped in the car after their car knocked by a lorry. – Photo source from See Hua Daily News

The 1 year old baby girl was the first victim announced dead.  – Photo source from See Hua Daily News


FRONT VIEW: The driver ,his wife and the 1 year old daughter was trapped inside the car. – Photo source from See Hua Daily News



The minor victim was trapped inside. – Photo source from See Hua Daily News


THE deceased driver was carried out from the car. – Photo source from See Hua Daily News


The victims’ bodies were to be sent to mortuary.  – Photo source from See Hua Daily News


ONE of the survived toddler Rudi Minggat Abdullah was sent to the hospital. – Photo source from See Hua Daily News



CRITICALLY INJURED: Janggah Hamiyah, 47 year old survivor of the accident sent to the hospital. – Photo source from See Hua Daily News

The Borneo Post 20 Jun 2012


Rintihan ibu cari anak


KUCHING: “Mana anak aku...Mana anak aku?” itulah pertanyaan pertama diajukan Salbiah Minggat, 19, sebaik tersedar daripada pengsan selepas kereta dinaiki bersama enam ahli keluarga lain terbabit kemalangan ngeri di Kilometer 24, Jalan Engkilili-Sri Aman, pagi kelmarin.

Dalam kemalangan itu, Salbiah kehilangan puteri sulungnya, Noraini Bagio, setahun, yang terbunuh di tempat duduk penumpang depan selepas Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung lori pembancuh simen dalam kejadian jam 9 pagi itu.

Menurut Salbiah, dia meminta pertolongan kakaknya, Santi, 21, dan abang ipar, Mohd Rachael Abdullah, 22, yang turut terbunuh, menghantar Noraini ke Hospital Sri Aman (HSA) untuk rawatan kerana demam.

“Noraini sudah dua hari demam, jadi saya meminta bantuan arwah kakak dan abang ipar menghantar ke HSA kerana suami bekerja di Kapit.

“Sepanjang perjalanan, Noraini tidak mahu berenggang malah meminta saya memeluknya. Dia sering menangis dan hanya terdiam dalam dakapan saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

myMetro 21 Jul 2012
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment