Contact Me !


Berpakaian Ketat, Fida Dimaki Hamun Peminat

Posted by Unknown On Friday, August 30, 2013 No comments

Nampaknya memang laman Instagram menjadi tempat terbaik untuk peminat melahirkan segala macam kutukan, kritikan dan makian kepada selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.
Terbaru, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim telah dikecam hebat oleh sesetengah pengikutnya di laman perkongsian gambar popular itu apabila dia mengenakan pakaian ketat dalam sebuah sesi 'photoshoot'.

Dengan berpakaian gaun berwarna silver dan turban hitam, pakaiannya itu dilihat tidak selaras tuntutan menurut aurat dalam Islam.


Bagi penulis, tak salah sekiranya hendak memberi sebarang komen, tetapi bahasa yang digunakan haruslah sopan dan bertertib kerana masyarakat di sini memang terkenal dengan ketinggian budi bahasa yang menjadi budaya kita.

Jadi, apa salahnya gunakan bahasa yang lebih elok dan sopan supaya si artis itu tidak tersinggung dengan komen anda kan.

Dan diharapkan Fida dapat belajar sesuatu daripada perkara ini supaya dirinya tidak lagi menjadi mangsa cemuhan peminat di luar sana.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ini mesti ramai yang dah mengambil atau menebus rebat RM200 di bawah Pakej Komunikasi Belia untuk pembelian telefon pintar bukan? Tapi ramai juga yang tak tahu dan tak lagi menebusnya.



Jangan risau, Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 Sept 2013, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. Jadi sesiapa yang belum menebusnya boleh lah mendaftar dan menebus telefon pintar tersebut.

Syarat permohonan untuk tebus rebat RM200 ini adalah seperti berikut:-
-Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
-Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah

Untuk lebih lanjut mengenai Syarat Dan Cara Pendaftaran Permohonan Rebat Rm200 di bawah Pakej Komunikasi Belia boleh tengok SINI

Syarat Dan Cara Pendaftaran Permohonan Rebat RM200

Posted by Unknown On Friday, August 30, 2013 No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dalam perbentangan Bajet 2013 tempoh hari, ada disebutkan tentang Pakej Komunikasi Belia. Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).


Pakej ini akan dilaksanakan tahun depan iaitu pada 1 Januari 2013 dan dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta rakyat Malaysia khususnya. Dalam pakej ini pemberian RM 200 untuk pembelian telefon pintar akan di berikan kepada yang layak.

Antara syarat kelayakkan untuk mendapatkan rebat RM 200
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun 
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah 
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. 
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia. 

Cara Memohon Rebat RM 200
  • Boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi, yang mana terdahulu. 
  • Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara online di laman web SKMM iaitu www.skmm.gov.my Atau di sini Pakej Komunikasi Belia .Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat. 

~ > Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.

Kad kahwin yang unik !

Posted by Unknown On Friday, August 30, 2013 No comments

kad kahwin yang unik !

Ha ! Zaman sekarang sudah semakin kreatif je kan design nya. Tak main lah tipikal kad macam dulu berbunga bagai, hehe. Kad kahwin di atas menyerupai bil elektrik TNB kan, kalau sebelum ini ada orang buat facebook dan passport.

Unik!

Awas! Makhluk Yang Biasa Kita Makan Tanpa Sedar

Posted by Unknown On Friday, August 30, 2013 No comments

Assalamualaikum..tahukah anda yang kita selalu termakan atau tertelan sesuatu makhluk secara sedar atau tidak? Kira makhluk ni memang wajib la masuk dalam badan..Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. woow

Mungkin kalau boleh tengok dengar mata kasar, memang tak sanggup la untuk menelannya. Makhluk ini telah di zoom hingga berpuluh-puluh kali untuk memperlihatkan rupa yang sebenar! Nak tahu mahkluk apa? jom usha entri ni..

1. Bakteria atau kutu debu



Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Andai kata kita dapat melihat mereka, memang tak tidur malam lah nampak gayanya!isk3

2. Bakteria di bulu kucing dan anjing



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.Memang menyeramkan! Nampak macam makhluk asing pun ada..haha

3. Bakteria di dalam roti



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

4. Larva lalat hijau


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita? macam dalam cerita kartun je..

P/s : wahha..kalau nampak dengan mata kasar memang menggerunkan.. Terus takde selera nak makan! adeshh ==’

Cacing Sepanjang 19 CM Hidup Di Mata Orang Ini

Posted by Unknown On Thursday, August 29, 2013 No comments
Ini sebuah tragedi dalam dunia medik, yang sering kita dengar cacing berada di dalam perut manusia sebagai parasit. Namun bagaimana jika cacing hidup di dalam mata manusia hidup? Ini adalah kisah nyata
Sebuah peristiwa yang sangat langkau dan mungkin satu-satunya dalam 100 tahun terakhir. Peristiwa ini di alami oleh seorang warga Spanyol, Doktor yang menangani kes langkau ini mengatakan bahwa sekitar 300 pesakit dia tangani setiap harinya selama 20 tahun praktek medik, baru kali ini dia menemukan kes seperti ini.
Semula pesakit tidak menyangka bahwa yang bersarang dimatanya adalah seekor cacing, dia hanya merasakan ada sesuatu yang mengganjal di dalam matanya. Setelah semakin lama dia merasakan ada sesuatu yang bergerak maka dia segera memeriksakan matanya ke doktor. Doktor yang memeriksanya cukup terkejut’ dia tahu bahwa yang bergerak di mata pesakit adalah seekor cacing yang cukup besar. Begitu besarnya cacing ini hingga tanpa alat bantu, cacing ini dapat terlihat bergerak di dalam kelopak mata pesakit.
Doktor pun merencanakan operasi mata untuk mengeluarkan cacing tersebut dari mata pesakit. Setelah operasi dilakukan, hasilnya cukup mengejutkan. Seorang pembantu doktor mengukur panjang cacing ini ternyata mencapai 19 sentimeter
Menurutt doktor, Pesakit ini sangat beruntung karena bisa saja cacing tersebut masuk ke otak lewat pembuluh darah.
cacing mata
cacing mata.jpg1
cacing mata.jpg2
cacing mata.jpg3




Malam tadi kecoh di internet apabila tersebar satu pautan yang menawarkan muat turun penuh filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Awalnya pautan ini dianggap sebagai (link) spam, tetapi apabila kami download KL Gangster 2 Leak Version , nyata fail yang ditawarkan mengandungi filem penuh KL Gangster 2 yang memang di tunggu ramai.

Berikut beberapa screenshot dari fail yang di dakwa sebagai filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda. Pautan terus, aku takleh bagi, kang kena sound ngan SKMM..huhuhu .

Sepatutnya KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober depan.Korang boleh download Kl Gangster 2 Leak Version dengan menggooglenye sendri..dekat ganool pun ada (klu)..hehehe.

‘Saya Terpegang Sesuatu Yang Keras Di Kemaluannya’

Posted by Unknown On Wednesday, August 28, 2013 No comments
Mohamad Fadzlie (kanan) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR : Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.




Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.

Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.
Sumber : Kosmo Online

CARA FASHA SANDHA DUKUNG BAYINYA DIPERTIKAIKAN PEMINAT

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, August 28, 2013 No comments
Sesuatu yang membabitkan Fasha Sandha sudah tentu akan menjadi perhatian. Entah kenapa ada sahaja peminat mahu memanaskan cerita berkaitan dengan Fasha Sandha. Sebelum ini, Fasha Sandha telah dikritik gara-gara isu berpantang dan juga cara dia memandikan bayinya, Rayfal. Terbaru, Fasha Sandha sekali lagi dikritik kerana gambar dia mendukung putera sulungnya, Rayfal secara mengiring di bahagian sisi dan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Memetik laporan Ohbulan, beberapa hari lalu, Fasha Sandha telah memuat naik sekeping foto dia mendukung Rayfal. Menerusi komen di foto berkenaan terdapat segelintir peminat telah mempertikaikan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayinya, sehingga isu tersebut menimbulkan perbalahan antara pengikut-pengikutnya di laman Instagram.



Melihat kepada cara Fasha Sandha mendukung bayinya seperti diatas, ammboi rasa ianya tidak salah asalkan bayi itu selesa. Rasanya ammboi pun pernah pegang bayi seperti itu. Tapi tak jadi isu pula (hehe..). Apapun, setiap individu mempunyai cara serta pendapat mereka sendiri dalam soal mendidik anak-anak dan mungkin disebabkan itu, tidak semua peminat bersetuju dengan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayi comelnya.

Jika dilihat daripada respon peminat, ada segelintirnya merasakan cara Fasha itu tidak salah dan ianya dilihat sebagai satu perkara normal bagi seorang ibu mendukung anak tersayang. Tak apalah Fasha, sabar ajelah. Pandangan peminat itu juga penting. Mana baik dan sesuai jadikan sebagai panduan dan pengajaran.

Jom lihat beberapa lagi foto Fasha Sandha dan anaknya Rayfal dibawah:

Gambar Majlis Pertunangan Syanie Hisyam & Nadi Putera

Posted by Unknown On Tuesday, August 27, 2013 No comments
Tahniah kepada Syanie Hisham yang selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu di rumah pelakon terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 2002 namun rumahtangga yang dibina tidak bertahan lama. Apapun, kehadiran si jejaka bernama Nadi Putera telah berjaya membuka hati pelakon bertubuh besar itu untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun hidup menjanda.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar menarik sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera. Memang cukup romantik dan menakjubkan.






ULASAN BAPA SHILA AMZAH MENGENAI GOSIP CINTA DENGAN JOHAN AS’ARI

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, August 27, 2013 No comments


Baru-baru ini timbul pula gosip yang mengatakan penyanyi, Shila Amzah dan pelakon Johan As’ari sedang bercinta. Gosip berkenaan timbul setelah tersebarnya gambar mesra pasangan itu dilaman Instagram milik Shila Amzah. Bagaimanapun gosip berkenaan langsung tidak merisaukan bapanya, ND Lala. Katanya, itu hak Shila Amzah.

Menurut ND Lala lagi, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat naik, Shila harus bijak menilai sesuatu perkara itu dengan lebih rasional dan menyifatkan gosip cinta anaknya itu adalah suatu perkara biasa.

“Kenapa sebut satu nama sahaja? Saya lihat ada banyak nama yang dikaitkan dengan dia (Shila Amzah). Sebagai manusia yang sedang membesar, dia akan melalui pelbagai proses. Bila seseorang itu lalui pelbagai proses, ada pelbagai bentuk cabaran yang dia akan lalui. Jadi, apa sahaja orang nak cakap, kita pulangkan balik itu sebagai hak dia (peminat). Tetapi ketika dia bercakap itu mendatangkan manfaat atau fitnah, hanya dia sendiri yang akan jawab.” Jelas ND Lala dalam laporan Ohbulan.



Dalam pada itu, ND Lala turut menolak dakwaan kononnya Shila menghafal skrip sewaktu sesi temubual dengan pihak program realiti TV Chinese Idol 2013 yang diadakan baru-baru ini. Menurut ND Lala, meskipun Shila masih belum mampu menguasai Bahasa Mandrin sepenuhnya, akan tetapi anaknya itu masih boleh bertutur dan memahami bahasa tersebut dengan baik.

“Betul, dia bukan sampai tahap fasih. Secara spesifiknya, sewaktu sesi temubual itu dijalankan, dia tidak disediakan skrip untuk bercakap, cuma dibekalkan dengan point-point penting sahaja. Jadi, Shila sendiri kena memahami setiap soalan yang bakal diajukan kepadanya. Lagipun Shila sendiri tidak tahu soalan mana yang bakal diajukan terlebih dahulu sebab soalan-soalan tersebut tidak mengikut urutan seperti di dalam senarai.”

Beralih kepada perkembangan terbaru Shila di China, penyanyi ini difahamkan bakal muncul dengan single terbarunya dalam versi Bahasa Mandrin yang bakal direkodkan tidak lama lagi.

Dibawah ada beberapa lagi gambar Shila Amzah dan Johan As’Ari. Jom layan:


Tragedi nahas bas menjunam ke gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands petang semalam mengorbankan 37 orang termasuk pemandu bas dan mengakibatkan 16 yang lain cedera, sekaligus menjadikannya nahas bas terburuk di negara ini. Sehingga kini usaha mengenal pasti punca nahas ngeri yang berlaku sedang dijalankan. Namun berdasarkan sumber berita, seorang penumpang bas yang terselamat menceritakan pengalamannya mengharungi detik-detik mencemaskan itu.

Baca cerita penumpang bas berkenaan yang dipetik dari Sinar Harian dibawah:


Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu. Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.



“Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan,” katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu. Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung,” katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.



“Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas,” katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.



“Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal. Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki),” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.

Itulah antara petikan yang dapat ammboi kongsikan. Diharap, kenyataan mangsa boleh dijadikan panduan kepada pihak berkenaan untuk menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.




Sebuah bas persiaran terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 150 kaki di Genting Highlands sebentar tadi (2 petang). Dianggarkan sekurang-kurangnya 40 orang mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.









Update:

Polis sahkan setakat ini 37 orang telah meninggal dalam kejadian. 24 lelaki, 13 perempuan. Selebihnya masih belum dikeluarkan. Bangsa Melayu 2, Cina 32, India 3. Setakat ini jumlah terselamat adalah 16 orang.

Maklumat lebih lanjut boleh ikuti laporan secara langsung oleh Utusan

Penipuan Maybank2u Online

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, August 21, 2013 No comments


BERHATI-HATI kepada semua yang menggunakan maybank2u kerana terdapat penipuan dari website lain yg menggunakan maybank2u sebagai target mereka.. sekiranya anda tidak pasti sila tengok gambar diatas..
bulatan pertama menggunakan link maybank2u.com.my dengan betul tetapi bila mouse ditunjukkan kepada link tersebut website lain yg keluar cuba tengok bulatan kedua.. PENIPUAN disitu..
anda juga boleh klik kanan copy link dan paste di new bar anda dan pastikan link tersebut adalah dari maybank.. penipuan ini kerap kali berlaku..

HARAP BERHATI-HATI

Tujuan Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar

Posted by Unknown On Wednesday, August 21, 2013 No comments
Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar. Sekarang ramai yang tertanya kenapa pengguna ramai di facebook dan twitter telah menukar DP mereka kepada simbol 4 jari seperti yang tertera dibawah. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.





Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA
Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.


Maksud Simbol 4 Jari R4BIA
  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA

Posted by Unknown On Tuesday, August 20, 2013 No comments


Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.

Antara tanda-tandanya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.


Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

(sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)
p/s - Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

Walauapa hantu yang diaorang (orang2 yang menyimpang) guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah.



Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu’alam.

AIDIL CERAIKAN RITA KERANA TIDAK TAHAN DIBURUKAN?

Posted by Unknown On Tuesday, August 20, 2013 No comments


KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Pelbagai pergolakan dan tanda tanya berlaku selepas pelakon, Rita Rudaini diceraikan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang juga pemain pertahanan bola sepak Johor Darul Takzim dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira 3 hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Namun, selepas perceraian itu, Aidil seakan enggan bersuara atau memberi kenyataan kepada media, tetapi hari ini akhbar Berita Harian dalam sisipan HIP berjaya melaporkan mengenai isi hatinya yang selama ini terpendam.
Aidil berkata dia tidak mahu mengesahkan benar atau tidak bahawa dia ada menghantar SMS untuk menceraikan Rita, sebaliknya menjelaskan dia sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini.



"Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantar SMS yang bukan-bukan kepada saya.
"Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan," katanya.
Difahamkan, Aidil membuat keputusan untuk bercerai dengan Rita pada 4 Ogos lalu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Menurut Aidil lagi keputusannya menceraikan Rita tiada kaitan dengan gadis yang kononnya dikaitkan sedang bercinta dengannya iaitu Zarema, sebaliknya apa yang dilakukannya itu datang daripada sudut hatinya sendiri.
"Tiada siapa yang mempengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini, dia (Rita) tuduh adik saya Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudah banyak campur tangan hal rumahtangga kami. Kini Zarema pula jadi mangsa.
"Biarlah saya berterus-terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini semuanya lahir dari hati saya sendiri, buat apa saya terus hidup dengan orang yang begitu pentingkan diri sendiri? Saya juga impikan kehidupan berumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
"Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban. Setiap kali pulang ke Seremban, saya akan pulang seorang diri iaitu dari mula kami berkahwin sehinggalah apabila sudah ada anak,"luahnya lagi.
Kemelut rumah tangga mereka sudah berlarutan lebih setahun dengan proses perbicaraan di Mahkamah Syariah yang masih belum selesai.


Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.


Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.




Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu. Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.

“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. 

Hmetro

GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS KEMALANGAN KERETA SEBENTAR TADI

Posted by dutax_syukk07 On Saturday, August 17, 2013 No comments
Alhamdulillah semua selamat..
Picture
Picture

Wah! Siapa Tahu Sejarah Asal Usul Mee Segera? (Menarik!)

Posted by Unknown On Saturday, August 17, 2013 No comments

Wah! Siapa Tahu Sejarah Asal Usul Mee Segera? (Menarik!) | Siapa yang tidak pernah makan mee segera di sini? Kebiasaannya mee segera memang tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi jika kita bergelar seorang pelajar asrama. Ia menjadi peneman di kala kita kelaparan. Selain ia mudah didapati, mee segera yang lebih sinonim dipanggil maggie cukup mudah disediakan dengan air panas. Jadi tidak hairanlah, mee segera sering menjadi pilihan utama jika dalam kelaparan yang teramat sangat.


Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.

Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.

Serupa juga, “mi benang ayam” (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku And?, pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.

Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi And? membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.

Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.

Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.

Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.

Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.

Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.

Rakyat China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Rakyat Indonesia memakan 12 bilion, Jepun pula 5.4 bilion.

Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.

Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.

Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.

Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.

Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.


Malang menimpa nasib Sham Kamikaze apabila beliau telah dihentam kerana slot ceramahnya di TV Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan pendengar. Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk “Hadiah Kepada Si Mati” telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.




Bekas pemain gitar kumpulan rock ini menyatakan…,

“Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum..”


Berikutan itu, bekas artis ini telah mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut di dalam laman Facebook beliau.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


Credit to :Berita pantas

Pelik! Mengapa Tempat Ini Wanita Dilarang Masuk

Posted by Unknown On Thursday, August 15, 2013 No comments


Pelik! Mengapa Tempat Ini Wanita Dilarang Masuk | Secara umumnya, tempat larangan bagi sesuatu jantina adalah melibatkan seperti kawasan persalinan, tandas, bilik dan lain-lain lagi. Tetapi di sebuahtempat di Jepun, terdapat satu kawasan yang dikatakan wanita dilarang untuk masuk. Tempat ini dikenali sebagai Gunung Omine. Ia adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine. Tetapi mengapa ya?


Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.

Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan latihan sami kuil tersebut.

Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai laman Warisan Dunia.

Namun anehnya, perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.

Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk,yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini.