Contact Me !


Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011)

Posted by Unknown On Thursday, January 31, 2013 No comments




Harry, Ron and Hermione search for Voldemort's remaining Horcruxes in their effort to destroy the Dark Lord.

9 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Posted by Unknown On Thursday, January 31, 2013 No comments

Solat adalah kewajipan bagi semua umat Islam. Tapi pernahkah kita terfikir jika solat kita diterima Allah atau tidak? Memang benar, hanya Allah sahaja yang layak menilai solat seseorang tetapi Rasulullah S.AW. telah bersabda ada 10 golongan yang solatnya tidak diterima Allah. Wallahualam. 


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “9 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Ajaibnya Air Mata Manusia

Posted by Unknown On Thursday, January 31, 2013 No comments

Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.


5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

Allah Maha Pencipta

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

Posted by Unknown On Thursday, January 31, 2013 No comments

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan 
bengkak biasa. 
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya

bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari.

Bengak pada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada
lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Dalam pelancaran BlackBerry 10 pada hari ini, Thorsten Heins (CEO BlackBerry) mempersembahkan dua smartphone model baru yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 iaitu BlackBery Z10 (menggunakan touch screen sepenuhnya) dan BlackBerry Q10 (peranti di sebelah kanan dalam gambar, menggunakan papan kekunci QWERTY dan touch screen). BlackBerry Z10 memiliki skrin 4.2 inci berresolusi 356 PPI (Pixel Per Image) manakala BlackBerry Q10 merupakan smartphone yang memiliki skrin sesentih bersaiz 3.1 inci serta mempunyai bahagian belakang bertesktur untuk keselesaan tapak tangan ketiga memegangnya. BlackBerry Z10 akan bersaing terus dengan iPhone 5, Samsung Galaxy S3, LG Nexus 4 dan Nokia Lumia 920 kerana ia menampilkan ciri multitasking. Pemiliknya boleh menukar-nukar skrin dari satu aplikasi ke aplikasi lain dengan mudah hanya melalui pergerakan swipe tanpa perlu pergi ke home screenterlebih dahulu. BlackBerry Z10 dijual ke pasaran antarabangsa mulai Februari 2013 manakala BlackBerry Q10 mulai dijual pada awal April 2013. Bagi kita di Malaysia pihak BlackBerry bakal mengadakan pelancaran rasmi peranti BlackBerry 10 pada 20 Februari 2012 – harga rasmi smartphone baru BlackBerry di pasaran Malaysia bakal didedahkan ketika itu demikian begitu juga pengenalan pakej-pakej promosi BlackBerry z10 dari syarikat telekomunikasi tempatan misalnya Celcom, DiGi, Maxis, uMobile.

Raja! Cerita Yang Sebenar

Posted by Unknown On Thursday, January 31, 2013 No comments


KOTA BHARU – Isu Mohd. Badri Radzi tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan pimpinan Datuk K. Rajagobal akan berterusan selagi jurulatih itu terus bersikap mengelak daripada menceritakan keadaan sebenar.
“Hanya Rajagobal yang boleh meredakan isu hangat antara dia dan Badri (Piya),” kata legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menyifatkan tindakan itu amat ‘tidak kena’, Dali berkata, sebagai seorang jurulatih, Rajagobal sepatutnya memberitahu kesilapan dan kekurangan Piya, agar pemain itu dapat memperbaikinya dan tidak kempunan menyarung jersi kebangsaan.
Bagi Dali, Piya pada anggapannya pemain tengah terbaik di Malaysia buat masa ini, jauh lebih baik daripada pemain Johor Darul Takzim, Safiq Rahim yang menjadi pilihan utama Rajagobal tetapi digantung perlawanan.
Jelasnya, Piya mempunyai kelebihan daripada semua segi seperti kelebihan membuat sepakan sudut, pergerakan tangkas, kawalan serta hantaran bola.
“Saya hairan, apa masalah Rajagobal sebenarnya? Adakah kerana dia ada isu peribadi dengan sesiapa sehingga dia enggan ambil Piya? Tidakkah dia sedar bahawa Piya pemain tengah terbaik negara sekarang? Kalau dibandingkan antara Piya dan Safiq bagai langit dengan bumi, Piya lengkap segala segi tapi Safiq hanya pakar sepakan sudut sahaja.
“Anda kena jujur memberitahu kepada pemain corak permainan bagaimana yang anda mahu serta kelemahan mereka,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Beliau diminta mengulas tindakan Rajagopal yang terus menyisihkan Mohd. Badri daripada skuad kebangsaan yang akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Februari ini.
Dali merupakan bekas pemain kebangsaan pada awal 1970-an dan selain Kelantan, dia pernah mewakili beberapa kelab di Australia selepas mengambil keputusan berhijrah sebelum mengakhiri karier sebagai jurulatih di negara berkenaan.
Menurut Dali, tindakan Rajagobal mengambil pemain muda bagi mengisi kekosongan pemain yang cedera akan membawa padah kepada pasukan negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia.
Beliau berkata, untuk bermain di peringkat yang tinggi, Rajagobal sepatutnya menghantar pemain berusia 27 tahun ke atas kerana pada usia itulah pemain negara berada pada tahap paling matang sama ada dari sudut fizikal dan kawalan emosi.
Jelasnya, Rajagobal sepatutnya faham tahap pemain Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan pemain Liga Perdana Inggeris yang matang lebih awal pada usia 22 dan 23 tahun.
“Kita tidak akan mencapai apa-apa dalam Piala Asia nanti dan apa-apa kejohanan sekalipun jika beginilah cara Rajagobal memilih pemain kebangsaan, seolah-olah macam memilih dan mencampak bahan masakan dalam periuk sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menempelak sikap pengendali Harimau Malaya itu yang mengaitkan dua bekas pengendali The Red Warriors, Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan sebagai punca kegagalannya menyenaraikan Piya.
Timbalan Presiden kelate.net Mahizi Mahmood menegaskan, tindakan tersebut mencermin sikap sebenar pengendali Harimau Malaya yang dilihat seolah-olah memperlekehkan kemampuan pemain paling berpengaruh dalam pasukan Kelantan.
“Menjadikan Karathu dan Sathianathan sebagai punca kenapa beliau tidak memilih Piya untuk beraksi dalam skuad kebangsaan adalah sesuatu yang tidak profesional dan boleh memberikan gambaran kurang baik kepada kedua-dua tokoh berkenaan.
“Selaku peminat bola sepak, kami tidak boleh menerima alasan tersebut, dan dalam hal ini beliau perlu berterus terang bagi membolehkan semua orang tahu kenapa Piya tiada dalam skuad negara.
“Tindakan ini menunjukkan seolah-olah beliau mahu ‘cuci tangan’ dalam isu ini. Hanya beliau yang mempunyai kuasa untuk memilih pemain bagi menyarung jersi kebangsaan atas kapasiti selaku ketua jurulatih,” katanya.

Penjual bayi dijel 14 tahun

Posted by Unknown On Thursday, January 31, 2013 No comments
Foto

                                                   LIM dibawa keluar dari mahkamah.

Shah Alam: Seorang nenek kepada 30 cucu yang berhadapan tiga pertuduhan menjual tiga bayi berusia lima bulan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Lim Kian Wan, 60, selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini, melepas dan membebaskan Lim, 13 April tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkan tambahan penjara tiga tahun lagi jika Lim gagal membayar denda itu.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, tindakan tertuduh memperdagangkan orang hanya untuk mendapat kemewahan hidup dan wang ringgit punca utama dia melakukan kesalahan itu.


“Kamu juga mempunyai jaringan sangat elok yang boleh menjadi penyebab melakukan jenayah dibenci ini,” katanya.

Rajagobal Perlekeh Badri

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments


“KENAPA tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa dia suruh tanya saya. Jawapan macam mana yang anda jangka boleh saya berikan?”
Itu komen ketua pasukan Kelantan, yang berjaya menjulang tiga piala musim lalu, Badri Radzi selepas namanya terus tersisih daripada kem skuad kebangsaan biarpun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini dalam situasi terdesak selepas kehilangan 11 pemain akibat kecederaan.
Menurutnya, selepas berjaya membawa Kelantan ke tahap yang begitu tinggi termasuk memenangi tiga kejuaraan musim lalu, kelibatnya di padang masih tetap gagal memikat hati Rajagobal yang terus meragui keupayaannya.
“Saya tidak tahu apa masalahnya, komen beliau (Rajagobal) dalam akhbar hari ini (semalam) seolah-olah memberi gambaran bahawa corak permainan saya tidak sesuai dengan corak latihan beliau.
“Beliau tidak perlu mengajukan soalan berkenaan kepada saya atau bekas jurulatih saya, Datuk M. Karathu atau B. Sathianathan. Kami semua tidak ada jawapan kerana jawapan itu ada pada beliau sendiri,” kata Badri ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, jika Rajagobal menganggap dia bukan seorang pemain yang bagus dan tidak menepati kriteria yang diperlukan, dia sedia menerima kritikan berkenaan kerana jurulatih skuad kebangsaan itu lebih berpengalaman.
Katanya, impiannya untuk bermain dan menabur bakti dalam skuad kebangsaan tidak pernah padam dan akan berusaha untuk terus memikat hati pengendali skuad kebangsaan itu.
“Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu beraksi dengan pasukan kebangsaan adalah kemuncak dalam karier anda. Semua pemain mengidamkan untuk menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya. Kalau tidak baik tak payah main bola.
“Kali terakhir saya dipanggil pada tahun 2010, ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Pembantunya (Tan Cheng Hoe) telefon saya minta nombor pasport.
“Dia beri tempoh dua jam untuk saya dapatkan nombor pasport, saya beritahu pasport ada di rumah, macam mana saya hendak beri. Sukar untuk saya dapatkan nombor pasport ketika itu kerana kami terpaksa singgah di Gua Musang dulu untuk menemui peminat. Selepas itu senyap begitu saja,” ujarnya.
Jelas Badri, sebelum ini ada yang berpendapat pemain sepertinya, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin hanya mampu bermain dalam tempoh 30 minit sahaja ekoran faktor usia, dan keputusan Rajagobal memilih pemain muda mungkin satu pilihan yang tepat.
Kali pertama dan terakhir ‘jeneral padang’ berusia 30 tahun itu menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika membantu skuad Pilihan Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee berdepan Chelsea dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

LETIH @ SAKIT KEPALA? HIDUNG ANDA UBATNYA..

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

Selalu tak rasa letih @ sakit kepala? Sebelum pegi beli ubat atau jumpa doktor, kita try dulu terapi pernafasan ni. Kalau selalu amalkan secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan rileks. Info ni fakta tau..

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Adakah fungsi di kiri dan kanan sama untuk menarik dan menghembus nafas ?

Sebenarnya fungsi di kedua-dua belah tidak sama dan kita sendiri dapat rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan udara panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan udara sejuk).

Jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, insyaAllah sakit kepala akan sembuh.

Jika kita berasa letih, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Tak lama kemudian, kita akan rasa segar kembali. Ini kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan udara panas, sementara lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan udara sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah berasa sejuk. Lelaki plak bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah berasa marah.

p/s Jika terasa ingin bunuh diri plak, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa selepas tu. =)

HBO

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013

AXN

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

Discovery Channel

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

Animal Planet

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

Adik Manja Return

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

Lagenda Budak Setan 2

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

Sepah The Movie

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments



1.Bersahaja
- Si dia nampak bersahaja dan tidak berlakon. Kadang kala ada yang berlakon dan nampak kurang selesa sebab terpaksa berlakon di depan kita dan cuba menjadi insan lain dan bukan dirinya sendiri.

2.Senang atau selesa bersama.
- Apabila bersama walau sekerap mana pasti merasa senang dan selesa. Tiada pernah rasa jemu malah sentiasa rasa gembira bila dapat meluangkan masa bersama.
Apabila berjauhan akan terasa bahang rindu terbeban di dada. Ketiadaannya di depan mata akan buat kita rasa gelisah dan kerinduan. Begitu juga bila si dia kerinduan bila berjauhan dengan kita.

3. Terima Kita Seadanya
- Dia menerima baik buruk dan kisah silap kita. Dia sudi menerima kita seadanya tanpa minta kita berubah kerana dirinya. Dia juga tanpa paksaan rela berkongsi kisah hidupnya pada kita. Jelas kelihatan dia tiada menyimpan rahsia hidupnya dan sedia berkongsi segalanya dengan kita.

4.Sentiasa jujur
- Apabila kita dan dia berjauhan jujur menjadi tunggak dalam perhubungan. Walau jarak memisahkan namun si dia sentiasa percaya pada kita asalkan tidak menyalahi hukum dalam pergaulan.
Begitu juga dengan dirinya yang sentiasa mementingkan kejujuran agar hubungan sentiasa aman dan saling mempercayai

5.Saling Percaya
- Kekasih yang kita rasa adalah bakal menjadi jodoh kita adalah insan yang paling rapat dengan kita. Setiap insan punyai rahsia hidup mereka sendiri. Kadang kala sahabat karib pun boleh jadi duri dalam daging, tak boleh memegang amanah menjaga rahsia kita. Namun dalam perhubungan antara kekasih seeloknya kita saling mempercayai antara satu sama lain kerana apabila telah bersatu kita akan berkongsi kehidupan dengannya kelak.

6.Bekerjasama
- Dalam hubungan cinta pastinya kerjasama amat penting. Jika sukar mencapai kata sepakat dan tak boleh bekerjasama bagaimana untuk tinggal sebumbung kelak.
Kata sepakat dan perbincangan penting dalam bekerjasama bagi melakukan sesuatu keputusan dan keputusan.

7.Memahami
- Pastikan dia amat memahami. Jika ingin perhubungan erat dan intim perlu saling memahami. Pastikan si dia amat memahami apa yang kita suka dan tak suka. Dia juga sahabat, penasihat dan sentiasa berada di saat kita susah, gembira, senang dan berduka.Dia juga sanggup berkorban di saat kita sangat memerlukan bantuan tanpa mengira waktu dan keadaan.Dia juga sentiasa mendamaikan dan menyejukkan hati kita yang sedang marah kerana dalam perhubungan pastinya akan berlaku sikit pertengkaran atau salah faham. Jika dia jenis orang yang tidak mahu mengalah mungkin keadaan akan menjadi sukar jika bertemu jodoh nanti.

8.Mempamerkan kelemahan
- Setiap insan pasti ada kelemahan. Kadangkala untuk nampak sempurna kita akan sentiasa berusaha untuk tampil hebat di depan insan tersayang. Namum jika dia jenis tak berlakon pastinya dia akan mempamerkan kelemahannya pada kita tanpa cuba berselindung.Jika dia jatuh sakit dan tak terurus pasti dia tak menghalang kita dari melawatnya walaupun saat itu keadaan dia tak sehebat selalu.

9.Kata Hati
- Tiap insan punyai deria keenam ini. Jika gerak hati yakin dan berkata ye dia adalah insan yang terbaik untuk kita maka ikutlah gerak hati itu.Setelah berusaha memilih insan terbaik dan telah berdoa dan berserah pada Yang Esa…maka ikutlah gerak hati itu…moga allah mengurniakan insan terbaik buat kita.

10.Mimpi
- Setelah berusaha, dan membuat solat iktikharah…apabila mendapat mimpi dialah insan terbaik maka teruskanlah. Jika petanda dari mimpi menunjukkan dia bukan jodoh kita tolaklah dia dengan baik tanpa melukakan hatinya. Urusan jodoh di tangan Allah…kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha sebaik mungkin dan berdoa agar ditemukan insan terbaik buat kita.

Bagi yang ingin menemui mendekat jodoh dengan insan tersayang boleh lah amalkan doa ini :


Moga kita bertemu jodoh dengan insan yang kita impikan

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments



19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Drivers Ed Direct - Parking Game

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments
Battle For Next Shot
Up Arrow Key - Accelerate. Left / Right Arrow Keys - Steer. Down Arrow Key - Reverse.

Battle For Next Shot

Posted by Unknown On Wednesday, January 30, 2013 No comments
Battle For Next Shot

Running Man Episode 130

Posted by Unknown On Tuesday, January 29, 2013 No comments
Running Man EP.130

Title : [ENG SUB] RUNNING MAN EP.130
On Air : 27 January 2013
Sound : South Korea (K-POP)     Subtitle : English
Theme : Running Man Reincarnation

          Running Man is a South Korean variety show which is a part of SBS's Good Sunday lineup, This show is classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows. The MCs and guests complete missions in a landmark to win the race. Running Man airs every Sunday 6:10 PM.

Main members :
 - Yoo Jae Suk
 - Kim Jong Kook
 - Ha Dong Hoon (HAHA)
 - Kang Gary
 - Lee Kwang Soo
 - Ji Suk Jin
 - Song Ji Hyo

Credit : SBS (South Korean's TV Channel), Running Man, ksnsub

Mortal Highway

Posted by Unknown On Tuesday, January 29, 2013 No comments

Archery Challenge

Posted by Unknown On Tuesday, January 29, 2013 No comments

Bull's Eye Darts

Posted by Unknown On Tuesday, January 29, 2013 No comments

Bloody Pingu Throw

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Yeti Sports 10

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Yetisports 10: Icicle Climb - Throw 12 icicles with the left mouse button to let pingu climb up as high as possible. Pingus jump ability is limited to 1 or 2 meters.

Yeti Sports 1

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

TV 3

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013

TV2

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013

TV1

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013

Xfresh FM

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Lite FM

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Mix FM

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Fly FM

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Red FM

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Sinar FM

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Hot FM Terengganu

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Robot and Frank

Posted by Unknown On Monday, January 28, 2013 No comments

Strawberi Cinta

Posted by Unknown On Saturday, January 26, 2013 No comments

Kahwin 5

Posted by Unknown On Saturday, January 26, 2013 No comments

Death Race 2

Posted by Unknown On Saturday, January 26, 2013 No comments

Death Race

Posted by Unknown On Saturday, January 26, 2013 No comments

Death Race 3 : Inferno ( 2012)

Posted by Unknown On Saturday, January 26, 2013 No comments

Predator 2 ( 1990 )

Posted by Unknown On Saturday, January 26, 2013 No comments

Running Man Episode 126

Posted by Unknown On Friday, January 25, 2013 No comments

Running Man Episode 127

Posted by Unknown On Friday, January 25, 2013 No comments

Running Man Episode 128

Posted by Unknown On Friday, January 25, 2013 No comments

Ikim FM

Posted by Unknown On Thursday, January 24, 2013 No comments

Kelantan FM

Posted by Unknown On Thursday, January 24, 2013 No comments

Manis FM

Posted by Unknown On Thursday, January 24, 2013 No comments
ManisFM | Pilihan Terunggul Di Pantai Timur Manisfm~Pilihan Terunggul Di Pantai Timur Untitled Document

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player