Contact Me !


BIAR BETUL! KEPUTUSAN MASTERCHEF SELEBRITI BOCOR?

Posted by dutax_syukk07 On Friday, June 28, 2013


Keputusan MasterChef Selebriti Bocor? | Menafikan keputusan juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MCSM2) sudah dibocorkan pihak tertentu sebaik nama Syura diumumkan juara, malam kelmarin, Astro melihat desas-desus siapa pemenang sebagai perkara biasa dalam pertandingan program realiti berbentuk rakaman.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata penyebaran gosip mengenai kemenangan penyanyi itu hanya telahan memandangkan nama pencabar terdekat, Celina Khor, juga turut digembar-gemburkan mengungguli gelaran sama.

“Selain nama Syura, Celina juga dikatakan muncul juara, jadi tiada apa yang pelik. Bagi kami ia sesuatu yang biasa, bukannya ada kebocoran maklumat yang sememangnya dirahsiakan produksi dan peserta hingga pengumuman akhir.

“Kita tidak dapat menghalang spekulasi daripada dikeluarkan pihak lain. Kini, teka-teki mengenai juara MasterChef Selebriti Malaysia musim dua sudah terjawab,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah, malam kelmarin.

Majlis penyerahan disempurnakan Raqim pada tayangan episod kemuncak MCSM2 yang turut menyaksikan pesaing terdekat Syura, Celina, yang juga pengacara menerima RM10,000 untuk disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor.

Selain trofi dan ganjaran tiket penerbangan kelas perniagaan untuk dua orang, Syura berjaya mengumpulkan wang tunai RM60,500 yang disalurkan terus ke Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Wilayah Persekutuan.

Mengulas kemenangannya, Syura berkata, dia meletakkan kepentingan diri ke tepi kerana buat masa ini lebih memikirkan persediaan menunaikan nazar membawa ibu tercinta mengerjakan umrah.

Anak keenam daripada sembilan bersaudara itu mengakui memasang niat selepas melepasi satu persatu pusingan dalam 40 episod program realiti terbabit, hasil doa restu insan paling bererti dalam hidupnya, Samsiah Mohamad, 62.

Andai tiada aral, pemilik nama Zuraidah Badron, 27, itu merancang ke Tanah Suci sekitar September, namun perlu memastikan dulu kesihatan ibunya yang disahkan menghidap penyakit batu dalam hempedu.

“Kemenangan ini berkat doa semua terutama emak dan suami saya. Walau emak tidak sihat, dia sentiasa titipkan semangat supaya saya jangan menyerah serta buat yang terbaik. Saya sendiri tidak menyangka dapat pergi sejauh ini.

Jadi hidangan kelas pertama

“Gelaran sebagai juara sudah tentu satu penghormatan besar.

Saya belum memikirkan hadiah ke Paris yang sememangnya destinasi impian saya dan suami, namun saya lebih teruja membuat persediaan menunaikan niat membawa emak mengerjakan umrah,” katanya.

Lebih istimewa, satu daripada hidangan air tangannya yang disajikan kepada 10 VVIP dalam cabaran akhir bertemakan menu Sajian Sehangat Bintang itu nanti bakal diperkenalkan di kelas pertama penerbangan MAS.

“Saya menyertai pertandingan ini kerana ingin belajar. Dari cabaran awal lagi saya nampak peserta lain punya kelebihan dalam masakan Barat. Dari situ saya banyak melihat resipi di internet dan dalam pusingan akhir berdepan Celina, saya menambah baik menu Barat yang saya masak ketika episod terawal.

“Apabila diumumkan menu itu akan dihidangkan kepada penumpang kelas pertama MAS, saya sangat terharu. Cuma seperti menyanyi dan bermain muzik, saya belajar menerusi gerak hati, begitu juga memasak. Saya cari resipi, seterusnya hanya mencuba di dapur MCSM2. Alhamdulillah ia menjadi,” katanya yang merancang mendalami bidang kulinari.

Rancang single baru

Menganggap segalagalanya seakan dipermudahkan Tuhan, anak jati Johor itu mengakui pengorbanan berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu untuk kembali aktif ke arena seni suara berbaloi kerana satu demi satu kemanisan dikecapi.

“Saya ikut suami tinggal di Pasir Gudang sejak berkahwin hinggalah dikurniakan tiga cahaya mata.

Melihat anak semakin membesar, saya mengajak suami kembali ke Kuala Lumpur. Tidak mengambil masa panjang, permohonan suami bertukar sekolah diluluskan dan selepas itu saya pula ditawarkan menyertai MCSM2.

“Memang kami menangis dalam perjalanan ke rumah baru kerana sedih meninggalkan keluarga di Johor, selain menjual butik pengantin kami. Inilah pengorbanan. Nyanyian tidak akan saya ketepikan.

Andai tiada aral, saya bakal tampil dengan single baru yang kini dalam perancangan,” ulasnya.

Bicaranya yang rancak berubah perlahan tatkala diminta berkongsi perasaan sebaik namanya dihebohkan sebagai pemenang sejak dua minggu lalu, seterusnya mengundang komen negatif sesetengah pihak.

Jujurnya, kata Syura, hatinya agak terguris dengan maklum balas beberapa kelompok penonton yang mempertikaikan andainya dia menang, namun masih bersemangat apabila sebahagian besar tetap mempercayai kebolehannya.

“Saya akan terus belajar dan mendalami bidang masakan. Ia cinta baru saya. Saya lihat reaksi negatif itu dari sudut positif, iaitu membakar semangat bagi membuktikan kemampuan sebenar.

Insya-Allah, siapa tahu suatu hari nanti saya punya restoran sendiri,” tambahnya ringkas.

Peserta lain yang bertanding sejak April lalu ialah Micheal Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz dan Keroz Nazri. (BERITA HARIAN via mynewshub)

NEELOFA TUNTUT SHAHZ JASZLE BAYAR HUTANG

Posted by dutax_syukk07 On Thursday, June 27, 2013


NEELOFA HANTAR SMS KEPADA SHAHZ JASZLE SUPANYA SEGERA BAYAR HUTANG RM5000

Apa lagi yang Shahz Jaszle lakukan kali ini? Ade beberapa khabar angin mendakwa Neelofa telah hubungi hero drama Asmara, Shahz Jaszle untuk menuntut pembayaran balik pinjaman yang telah dia lakukan keatas neelofa sebanyak RM5,000.


Neelofa telah menghubungi Shahz Jaszle menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pada masa kejadian dimana Shahz Jaszle datang menyerang Rakan Khalwatnya bersama media di Bangsar.

Petikan dari Metrowealthpictures
Semua nie terjadi sewaktu Shahz meyakinkan mereka-mereka yang ada di sana bahawa bukan dia yang mencari wanita, tetapi wanita yang mencari beliau sewaktu nama Neelofa tertera di skrin telefon Shahz. Kebetulan salah seorang saksi di sana turut menerima sms yang sama dari Neelofa yang mengatakan Neelofa ingin Shahz melunaskan hutangnya dengan segera.

Gempar! Makhluk Pelik Ditemui Di Antartika

Posted by Unknown On Thursday, June 27, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jika sebelum ni dalam entri yang lepas-lepas mesti korang ada tengok tentang makhluk pelik yang ditemui di Seoul bukan? (LINK). Kali ini dikatakan makhluk pelik lain pula ditemui di Antartika..
Inilah makhluk pelik tersebut, Makhluk yang aneh, mengerikan dan tak dikenali ditemui ketika ekspedisi Amerika di Antartika pada kedalaman 675 meter. Makhluk ini menyerupai lipan, tetapi ia mempunyai rahang yang panjangnya sekitar 2 cm. Hingga sekarang haiwan ini masih dalam kajian..

Pelik! Mengapa Rumah Ini Berada Di Tengah Lebuhraya (4 Foto)

Posted by Unknown On Monday, June 24, 2013


Pelik! Mengapa Rumah Ini Berada Di Tengah Lebuhraya (4 Foto) | Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah sebuah rumah besar ini boleh berada di kawasan tengah lebuhraya. Secara uniknya yang kita lihat, ada rumah yang dibina di atas pokok dan sebagainya. Namun apa yang kita lihat ini, ia berada dilebuhraya. Pada mulanya, admin berpendapat, rumah ini berpuaka sehingga ia tidak boleh diruntuhkan, namun ia berlaku sebaliknya.


Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.

Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.




Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.

Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.

Sumber : Sochai

Proses Kehilangan Jari Selepas Dipatuk Ular Berbisa

Posted by Unknown On Saturday, June 22, 2013

Biasanya racun yang dimiliki oleh jenis ular cobra atau kala jengking jenis tertentu, sungguh berbisa .Walaupun mangsa patukan terselamat tetapi bahagian yang dipatuk bakal cacat dalam waktu yang sangat singkat.
Mengerikan !!! Diharap kita dan keluarga tidak akan pernah mengalami hal mengerikan seperti ini. Cuba lihat gambar dibawah ini.



'



Artis Bergambar

Posted by dutax_syukk07 On Friday, June 21, 2013



Nora Danish Potong Rambut Ala Rihanna

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, June 19, 2013

Selepas Stacy tampil dengan imej rambut barunya ala-ala superstar antarabangsa, Rihanna, kini giliran pelakon cantik, Nora Danish pula mengikut jejak langkah kedua-dua penyanyi hebat itu.
Kebanyakan peminatnya di akaun Instagram memuji tindakan berani Nora memotong rambut dengan gaya sebegitu kerana sebelum ini pelakon genit itu dilihat lebih sinonim dengan sifat feminin menerusi penataan gaya dan imejnya.
Pastinya selepas ini ramai peminat setia ibu kepada Putera Rayqal ini akan mengikut ‘style’ rambut terbaru Nora pula kan.
Apa-apa pun memang Nora kelihatan lebih ‘stylo’ dengan gaya rambut terbarunya itu!



Wanita Hamilkan Anak Sotong

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, June 19, 2013





Wanita ‘Hamilkan’ Anak Sotong

Tajuk ini agak pelik sebenarnya. Namun ini adalah realiti yang terjadi di Korea Selatan. Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng. Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gusi, lidah serta pipinya.


Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

Moral the story: Janganlah makan makanan mentah. Bahaya!!!

VIDEO ORANG AMERIKA NYANYI LAGU ‘SAHABAT’ NAJWA LATIF!

Posted by dutax_syukk07 On Saturday, June 15, 2013
Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.

Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.

Tonton video di bawah…

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, June 12, 2013


Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..



Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda :)