Contact Me !


Remaja 13 Tahun Dicerai Talak Tiga

Posted by Unknown On Wednesday, November 27, 2013 No comments

KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.



Ketika pernikahan mereka tahun lalu.


Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah. – Astro Awani

Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014

Posted by Unknown On Tuesday, November 26, 2013 No comments
Punca cukai pintu di KL Kuala Lumpur naik lagi mulai tahun 2014. Pihak DBKL telah pun mengeluarkan notis kepada warga kota mengenai kenaikan cukai pintu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kenaikan tersebut dijangka tidak naik terlalu mendadak sehingga membebankan rakyat. Pada masa yang sama, penduduk atau penghuni juga dibenarkan untuk menyuarakan bantahan bertulis kepada jabatan DBKL sebelum 17 Disember 2013. Menurutnya lagi, pihak DBKL akan membuat pertimbangan mengenai isu cukai taksiran tersebut berdasarkan surat bantahan yang diterima.



Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014

Menurut DBKL, kenaikan cukai itu adalah perlu memandangkan cukai pintu sudah tidak dinaikkan selama 21 tahun manakala harga hartanah di bandar raya Kuala Lumpur telah melonjak tinggi dalam dua dekad ini. Keputusan berkenaan dengan kadar cukai pintu baharu itu belum muktamad dan notis penyelarasan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

Senarai Rasmi Pasukan Kelantan 2014

Posted by Unknown On Tuesday, November 26, 2013 No comments
PENGJAGA GOL:
Khairul Fahmi Che Mat (VC)
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff
PERTAHANAN:
Aziz Ismail
Faiz Suhaimi (Baru)
Tuan Faim
Faizul Nazlin Sayuti (Baru)
Nik Shahrul Azim
Zairul Fitree Ishak
Farisham ismail
Nazri Ahmad (Baru)
Obinna Nwaneri (VC)
TENGAH:
Badhri Radzi (C)
Mohamad Shawky (Baru)
Amar Rohidan (Baru)
Brendan Gan (Baru)
Khairul Izuan Rosli
Tengku Hasbullah (Baru)
Wan Zaharul Nizam (Baru)
PENYERANG:
Mohammed Ghaddar (Baru)
Forkey Doe (Baru)
Fakri Saarani
Shakir Ali (Baru)
Famirul Asyraf Sayuti (Baru)

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2

Posted by Unknown On Friday, November 22, 2013 No comments
Maharaja Lawak Mega 2013 kembali lagi dengan minggu kedua.Saksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Tugasan: Cerita Rakyat

Panas : Artis Remaja Dalam Juvana Tayang Body Dalam Toilet!!

Posted by Unknown On Wednesday, November 20, 2013 No comments
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Siapakah gerangan pelakon comel ini? Mungkin ramai yang terdetik di hati apabila menonton drama cerekarama Sejadah Kaabah. Rupanya-rupanya gadis comel ini ialah pelakon yang sama dalam Juvana. Eyka memegang watak Nadia iaitu anak makcik kantin yang meminati Daim.

Lakonan Eyka Farhana dalam Sejadah Kaabah sedikit sebanyak menaikkan namanya dan boleh dianggap terbaik dalam cerita ini. Malah ada yang mengatakan bahawa Eyka bakal menjadi seorang pelakon yang baik di sebalik bakat yang ada. Sejadah Kaabah yang nampaknya bakal menjadi antara drama terbaik tahun ini.





Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 1

Posted by Unknown On Saturday, November 16, 2013 No comments



Memang terbaik la dorang ni, kreatif yang berseni. Drummer tu memang tak boleh blah, barang terpakai a.k.a tong cat, tapi bunyi memang real la, dasat siot dorang ni..

.
.
.