Contact Me !


Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk

Posted by Unknown On Friday, March 29, 2013
Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang uri, Saya ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah, menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.


Sekadar gambar hiasan


Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.




Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.

Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.

Sumber

Wanita Bahagia Ada Lima Suami

Posted by Unknown On Wednesday, March 20, 2013


India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.
Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.


Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.


Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.Dinesh dikahwininya tahun lepas ketika lelaki itu berusia 18 tahun.Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.

Bedak Arab [Kokuryu Super Summer Cake]

Posted by Unknown On Monday, March 18, 2013

tau tak Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake ni?
hot product skrg ni, mcm goreng cempedak panas.. hahah..

Keistimewaan Kokuryu Super Summer Cake ( Bedak Arab) :


♥ 3 in 1 moisturizer , foundation, powder
♥ Tahan selama 8 jam
♥ Halal - Boleh diguna ketika solat
♥ Sgt bagus bila berpeluh (bertambah cantik), dan tidak lekat pada tisu
♥ Mengecutkan jerawat bg yg berjerawat♥ Melembut dan menggebukan muka
♥ Disertakan bersama sponge yang lembut dan sedap dipakai 


Cara Guna :- 
Basahkan span & sapukan kat bedak tu & terus pakai.

Berat :- 
50g (tahan sampai 3 bulan bergantung pada pemakaian)


Pilihan Warna :-

1. Roshelle = Untuk Kulit Putih/ Cerah
2. Cherry = Untuk Kulit Cerah
3. Orange Blush = Untuk Kulit Sederhana Cerah 
4. Cherry Pink = Untuk Kulit Cerah/kelihatan kemerah-merahan
5. Russet = Untuk Kulit Sederhana/ Natural *sesuai dgn kulit orang Malaysia*








ni antara testimoni/ feedback bedak arab.
nak lg yg ckp leh kecutkan jerawat, terbukti!!!!







Harga Pasaran RM68
Harga Kami RM5X

Untuk tahu harga sebenar.. Hubungi Kami seperti tertera dibawah

Cara Nak Beli??
Tekan ni


 Atau SMS/WhatsApp/WeChat kepada 019-9550653
Facebook : BizMalaya



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman sejumlah RM920,000 kepada Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd.

SKMM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata syarikat-syarikat itu disaman kerana melanggar syarat lesen mereka, khususnya kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan dengan betul.




“Celcom Axiata menerima lapan saman berjumlah RM400,000, Merchantrade tujuh saman (RM240,000) dan U Mobile empat saman (RM100,000).

“Maxis Mobile menerima tiga saman (RM150,000) dan Maxis Broadband serta Tune Talk masing-masing menerima saman sebanyak RM10,000,” kata suruhanjaya itu.

Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu melihat kegagalan memastikan pendaftaran betul maklumat pengguna yang tepat sebagai kesalahan yang serius.

“Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes di mana nombor MyKad atau IC serta nama-nama individu telah digunakan walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut daripada syarikat telekomunikasi yang dimaksudkan,” katanya.

Pembekal perkhidmatan atau wakil-wakil mereka dikehendaki untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang terkandung dalam MyKad atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi, seperti pasport, katanya.

“Pendaftaran ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna akhir yang juga merupakan pelanggaran syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

-Mstar-

Keputusan STPM 2012 diumum Isnin depan, cara semakan melalui SMS

Posted by Unknown On Wednesday, March 13, 2013

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.



P/S : mesti budak budak STPM skang ni tengah cuak giler.






Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 12 tengah hari pada hari sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 calon sekolah kerajaan, 1,112 sekolah swasta, 2,795 persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.



-Metro-

Order Form

Posted by Unknown On Monday, March 11, 2013






Nama:


Alamat :


No. Telefon



Nama Item dan Jumlah Item:



Jenis Bayaran :

Maybank : 153039004035 ( Muhammad Faizal Bin Mohd Zawawi )

CIMB : 03110007419206 ( Muhammad Faizal Bin Mohd Zawawi )
Jika Transfer Online : Sila letakan peja5052@facebook.com di bahagian email

Jumlah Bayaran :


Tarikh Bayar :



Waktu Bayar :

Bukti Pembayaran sila PM saya di Faizal Zawawi sama ada transfer menggunakan M2U,CIMB CLICK,CASH DEPOSIT bagi mengelakkan kes penipuan






Selepas Submit Tunggu Sehingga Keluar Macan Ni

Seeloknya selepas Submit Form ini, sila SMS/WhatsApp kepada 0199550653 untuk maklum balas yang lebih cepat




Hanya 10 Tentera Sulu Mati,Bukan 52- Keluarga Tiram

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013


Tentera Sulu Mati Hanya 10,Bukan 52-Keluarga Kiram


KUALA LUMPUR, 9 Mac — Keluarga Kiram percaya kematian “tentera”nya cuma 10 dan bukan 52 seperti didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia, kata jurucakap keluarganya Abraham Idjirani, dan mengatakan ia adalah propaganda untuk menunjukkan kemenangan.
Idjirani berkata, keluarganya mahu Putrajaya membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina, untuk memasuki zon konflik di Lahad Datu, bagi mengesahkan jumlah kematian.

“Kamu mesti benarkan media tempatan dan luar negara ke zon konflik untuk mengesahkan jumlah kematian. Jika tidak, ia masih boleh diperdebatkan,” katanya yang dipetik dari akhbar The Philippine Star semalam.

Idjirani, yang bercakap bagi pihak Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengesahkan hanya 10 dari “tentera Di Raja” Sulu terbunuh dalam serangan dari pihak Malaysia sejak Jumaat dua minggu lalu.

Dalam siaran ABS-CBN semalam, jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) Raul Hernandez berkata kerajaan masih cuba mengesahkan jumlah kematian warga Filipina di Sabah, dan mereka hanya bergantung dari maklumat yang diberikan oleh Putrajaya.

Agbimuddin yang mendakwa dirinya sebagai putera raja Sultan Sulu, mengetuai sekumpulan bersenjata berjumlah 200 orang ke Sabah, dan berada di negeri timur Malaysia itu sejak 9 Februari.
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 09, 2013

Sultan Sulu Tiram Minta Henti Berperang Dan Tukar Tahanan Perang

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013
Sultan Sulu Jamalul Kiram menolak tuntutan di Kuala Lumpur supaya pengikutnya menyerah diri tanpa syarat dan sebaliknya beliau mencadangkan pertukaran tawanan.
Beliau mendakwa empat anggota polis Malaysia telah ditawan pengikutnya yang sedang berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, tetapi polis Malaysia telah menafikannya.
Menurut Philippine Daily Inquirer, Jamalul, selepas mengetahui Kuala Lumpur menolak tawaran gencatan senjata, mencadang pula "pemberhentian permusuhan", yang disampaikan dengan permintaan yang sama - menghentikan operasi pasukan keselamatan Malaysia terhadap penceroboh bersenjata di Sabah .
Beliau berkata, kesultanan itu "bersedia untuk menukar tawanan perang" jika Malaysia bersetuju menghentikan permusuhan.
Kesultanan itu sebelum ini mendakwa kumpulan bersenjata di Sabah, yang diketuai adik lelaki Jamalul - Azzimudie Kiram - menawan empat anggota polis Malaysia semasa serangan ke atas balai polis di kampung Simunul di Semporna pada malam Sabtu.
Pasukan keselamatan Malaysia menawan 10 lelaki anggota kumpulan Azzimudie, semasa pertempuran di Kampung Tanduo Jumaat lepas.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan bahawa empat anggota polis Malaysia telah ditawan puak militan itu.

Terharu Mendengar Kisah Perwira Negara Kita

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013
KISAH BENAR, petang tadi 08 Mac 2013
Terharu Dengan Cerita Perwira Negara Ini
 
Lebih kurang dalam jam 4 petang tadi, kami diarahkan untuk meronda di sekitar Pekan Lahad Datu dengan beberapa buah kereta perisai. Aku dan kawan-kawan berhenti sekejap di sebuah kedai runcit yang bersebelahan dengan restoran makanan untuk membeli air mineral. Tiba-tiba orang ramai yang makan di restoran tersebut melaungkan kata-kata ‘Askar, askar, askar’ sambil bertepuk tangan.

Ada beberapa orang remaja perempuan berkata ''Bang..kamu bunuh semua penjahat-penjahat tu ya bang.'' Aku menjawab 'Jangan risau bah dik, ke lubang cacing pun kami akan buru diorang.'' Tiba-tiba salah seorang remaja perempuan itu berkata ''Aik, abang orang Sabah kah?''. Aku menjawab pertanyaan mereka ''Iya bah, abg pun orang Sabah juga asal Tawau dan kalau kamu mahu tahu kebanyakan yang bertempur barisan hadapan adalah orang Sabah'.

Tidak semena-mena para pelanggan di restoran dan kedai runcit tersebut menghampiri kami untuk mengambil gambar kenangan. Bukan itu sahaja, tokeh kedai runcit dan restoran tu memberikan kami berkotak-kotak makanan dan minuman.

Sebelum kami balik ke Felda Sahabat 17, Kg. Tandou, sempat lagi mereka mendoakan kami ''YA ALLAH SELAMATKANLAH PEJUANG-PEJUANG KAMI DAN BAGILAH DORANG KEKUATAN.''

Kata-kata terakhir yang aku sampaikan dengan adik-adik remaja, pakcik dan makcik yang berada di kedai runcit dan restoran itu tadi sebelum kami bergerak ialah ''ATAS NAMA ALLAH, KAMI SEMUA BUDAK SABAH YANG DUDUK DI BARISAN HADAPAN TETAP AKAN BERJUANG SAMPAI TITISAN DARAH YG TERAKHIR KERANA SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA.''


Aku dan kawan-kawanku mencium tangan pakcik dan makcik tokeh kedai runcit itu sebab umur mereka sebaya dengan ayah dan ibu kami. Ada juga dikalangan pakcik dan makcik lain yang menjemput kami datang ke rumah mereka dengan meberikan alamat.

Kejadian tadi membuatkan kami rasa terharu dan sangat dihargai kerana rakyat Sabah pun berjuang bersama kami untuk menjaga kedaulatan negara.

Sewaktu dalam perjalanan ke Kg. Tandou dengan tidak semena-mena semua budak Sabah termasuk saya yang berada di dalam kereta perisai itu MENITISKAN AIRMATA gembira dan lebih bersemangat atas sokongan yang diberikan pada kami.

AKU MEWAKILI SELURUH WARGA A.T.M MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ORANG SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA. ALLAHUAKHBAR!

Sumber : Admin amRF

Pisang Yang Berbuah 1000 Biji

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013
Pokok pisang ini tumbuh di sebuah pulau di Indonesia dan mampu menghasilkan kira-kira 1000 biji pisang setandan.


Tinggi/panjang tandan pisang ini mencapai sehingga 1.7 meter.




sumber: arenaphoto.blogspot

Bilik Hotel Dikelilingi Ikan

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013

MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan.

Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.

Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan.

sumber: kosmo

Wow! iPad Versi Termurah Di Dunia

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013
Ini adalah gambar prototaip komputer skrin sesentuh mirip iPad yg diperkenalkan di India semalam.


Antara ciri-ciri komputer ini:
  • Termurah di dunia: berharga AS$35(RM112.12). Harga disasar untuk dikurangkan sehingga AS$10(RM32.04)
  • papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya
  • Mempunyai pelayar internet, wifi, dan kemudahan persidangan video (webcam)
  • PDF reader
  • Linux OS
  • Fleksibel- komponen baru boleh ditambah mengikut keperluan pengguna

Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India memang terkenal dengan pembangunan barangan berteknologi tinggi tetapi berharga murah, demi memenuhi keperluan penduduknya yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Sebelum ini, sebuah kereta termurah di dunia, Tata Nano dijual pada harga minimum RM 6000.
parabola di malaysia 21 Parabola di Malaysia Diharamkan Kerana Nak Jaga Kepentingan ASTRO? Di Mana Kebenarannya?
Secara faktanya, penggunaan parabola di Malaysia masih lagi salah di sisi undang-undang, sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan. Sudah jauh…..ke hadapan. Dan, apa alasan kerajaan tidak benarkan penggunaan parabola di Malaysia antara sebabnya adalah :
  • Golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah
  • Siaran yang berbentuk hasutan
Kenapa ramai memasang parabola di Malaysia?
  1. Bayar sekali seumur hidup, kemudian dah boleh terus guna. Tak perlu nak fikir bayar bulan-bulan macam………
  2. Begitu banyak siaran luar negara boleh diperolehi, anda yang tentukan. Samada kualiti atau tidak, anda yang tentukan.
  3. Tiada masalah lagi untuk mendapat siaran terkini sedangkan siaran berbayar yang ada sekarang ini pun, bayar bulan-bulan tetapi kandungannya? Ketinggalan zaman. Siaran rancangan daripada luar negara sudah sampai season 6,7 apabila dibawa masuk baru season 2,3? Kemudian pusing-pusing rancangan tersebut sampai pening penonton dibuatnya
  4. Anda yang tentukan isyarat visual dan audio
  5. Ada modal sekitar RM400, RM500, anda dah boleh pasang parabola di Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan mengharamkan penggunaan parabola di Malaysia. kalau nak pasang parabola juga, ada aduan diterima bersedia dengan tindakan undang-undang
  6. Lebih 60 siaran dari negara asing boleh diperolehi
Ini pula semakan bagi jawapan rasmi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan berdasarkan hansard Parlimen Malaysia baru-baru ini merujuk kepada persoalan larangan penggunaan parabola di Malaysia :
parabola di malaysia1 Parabola di Malaysia Diharamkan Kerana Nak Jaga Kepentingan ASTRO? Di Mana Kebenarannya?
Pendapat kami, undang-undang mengharamkan penggunaan parabola di malaysia sudah tidak relevan lagi. Kalau kandungan lucah menjadi “ketakutan kepada kerajaan” tak payah susah-susah guna satelit, di internet berlambak ada. Tak pun CD haram yang di jual di pasar malam….
  • Adakah menteri tidak tahu apa yang berlaku di Internet dan apa yang berlambak di internet sekarang?
  • Adakah menteri masih tidak sedar apa yang dah disebarkan melalui telefon bimbit sekarang ini?
  • Adakah ketika menteri turun menemui rakyat dengan pergi ke pasar malam, hanya beli mertabak & cincau sahaja? Sehingga tidak menyedari “disebalik” DVD cerita Karipap-karipap Cinta ataupun The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, adanya DVD yang lebih lucah daripada siaran yang ada melalui parabola?
  • Adakah menteri sudah membuat homework yang mana lebih 95% kandungan siaran melalui parabola  tidak berunsur lucah. Cukup sedikit. Kadang-kadang kami fikir rancangan yang disiarkan di Malaysia “lebih hebat” daripada ini. Lagipun, semua siaran porno tersebut hanya boleh didapati melalui siaran premium sahaja (kena bayar langganannya) bukannya boleh didapati dengan mudah melalui penggunaan parabola
parabola di malaysia 4 Parabola di Malaysia Diharamkan Kerana Nak Jaga Kepentingan ASTRO? Di Mana Kebenarannya?Ada orang Sabah & Sarawak di sini? Betul apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kalabakan ini, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. Terus terang-terang kami katakan “pendedahan” yang oranng Sabah Sarawak terima silap-silapnya lebih advance daripada penduduk di Semenanjung disebabkan penggunaan meluas parabola di Sabah & Sarawak. Bersepah rumah guna parabola, malah dah lama dah ia berlaku. Penguatkuasaannya?
Kalau penggunaan parabola di Malaysia dibenarkan, agak-agak siapa yang akan terkesan? Samada ada banyak atau sedikit kesannya, itu subjektif. Tetapi memang ada kesannya. Adakah itu yang “ditakuti mereka”?
parabola di malaysia 5 Parabola di Malaysia Diharamkan Kerana Nak Jaga Kepentingan ASTRO? Di Mana Kebenarannya?Sebenarnya siaran rancangan melalui parabola bukannya best (dalam erti kata lain kuantiti sahaja lebih, kualiti kurang) walaupun ada beribu channel di dalamnya kerana parabola hanya boleh tengok tv free dari seluruh dunia tetapi tak boleh tengok TV cable seperti ESPN, CNN, MTV, HBO dan banyak lagi sebab rangkaian tersebut hanya diberi kepada pelanggan mereka sahaja. Walaubagaimanapun, biarkanlah jika itu yang rakyat mahukan. Berikan mereka peluang “untuk memilih” & buat pilihan.
Akhirnya kalau tanya kami setujukah penggunaan parabola di Malaysia “dihalalkan”? Setuju, jawapan kami. Sebab? Secara umumnya, apa beza parabola dengan internet yang ada sekarang ini?
P/S : Walaubagaimanapun, Internet TV juga menjadi pilihan kami setakat ini. Jauh lebih baik daripada apa yang Astro tawarkan sekarang ini. Apatah lagi kualitinya…
PP/S : Jika anda merasakan kurang senang dengan beberapa ayat di atas, kami minta maaf. Tetapi kami perlu katakan sejelas-jelas mungkin. Sebab? Sebab…itulah realiti dunia dan realiti di Malaysia hari ini.
PPP/S : Apa pendapat & pandangan anda pula, patutkah penggunaan parabola di Malaysia dibenarkan oleh kita semua?

Yasin Sulaiman Kesal Terima Ugutan Bunuh Di YouTube

Posted by Unknown On Wednesday, March 06, 2013


Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.


Yasin, 39, berkata, ugutan bunuh yang diterimanya menerusi laman YouTube selepas memuat naik lagu nyanyiannya berjudul Reformasi adalah bukti ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk mengugut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa malah saya sebelum ini pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat tetapi saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” jelasnya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Damansara di sini pada Selasa.


Antara komen yang diterima oleh Yasin daripada pengunjung laman sosial itu.



Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.

Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala ‘Pencinta Muzik’ pula bekata Yasin patut dibunuh.

Dalam pada itu, Yasin berkata, buat sementara waktu dia tidak bercadang untuk membuat sebarang laporan polis terhadap dua individu tersebut sebaliknya mahu menyampaikan mesej supaya mereka dan sesiapa sahaja menghentikan budaya tidak sihat itu daripada terus berleluasa.


Turut hadir peguamnya, Yusmadi Yusoff.

Tambah Yasin, sebagai seorang rakyat Malaysia, dia tidak membuat sebarang kesalahan sehingga dikecam sedemikian rupa sebaliknya hanya meluahkan perasaan menerusi lagu.

“Tidak kira daripada parti mana sekali pun budaya mencaci, menghina dan mengugut tidak sepatutnya berlaku dan keadaan ini jika dibiarkan akan berterusan.

“Saya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan buat masa ini cuma ingin memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya berhenti daripada melakukan perkara yang tidak sihat seperti itu,” jelasnya.

Penyanyi itu turut menegaskan dia tidak terlibat dalam mana-mana parti politik sebaliknya hanya dilantik sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 18 Februari lalu.

Jelas Yasin, dia bersetuju menjadi duta AMK kerana menyokong perjuangan parti itu namun memberitahu tidak berminat untuk bergiat aktif dalam dunia politik.





-Mstar-

13 Mayat Pengganas Sulu Ditemui

Posted by Unknown On Wednesday, March 06, 2013
Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam.



Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.


Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri

Posted by Unknown On Wednesday, March 06, 2013
Nouri pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.

PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.


Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Star Sports

Posted by Unknown On Wednesday, March 06, 2013

Koleksi Ayat Jiwang Untuk Kekasih 2013

Posted by Unknown On Tuesday, March 05, 2013
ayat jiwang
01. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati .. 
 
02. Andai kau dapat melihat hatiku, Andai saja kau dapat membaca fikiran, Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku, Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku, Cintailah aku dengan kesungguhanmu
 
03. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
 
04. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!
 
05. Hello..Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
 
06. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
 
07. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
 
  • H- Hanya
  • A- Aku
  • C- Cinta
  • K- Kau
  • S -Seorang
08. Luahan Cinta Ibarat Kentut, ditahan sakit, dilepas malu, dah keluar..fuhhh! Lega!!!
 
09. Jika kau hidup sehingga 100 tahun, aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
 
10. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
 
11. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
 
12. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
 
13. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
 
14. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
 
15. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
 
16. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
 
17. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
 
18. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
 
19. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
 
20. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
 
21. Cintaku bukan ibarat kertas, Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan padamu… 
 
22. Jika mencintaimu satu kesalahan..biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
 
23. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
 
24. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku.. 
 
25. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
 
26. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
 
27. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan, Air mata kerana kekasih 1penyesalan, Air mata kerana Allah 1 keberkatan.
Sumber

Ingin Elak Fitnah, Pierre Kahwin Bulan Jun

Posted by Unknown On Tuesday, March 05, 2013



KUALA LUMPUR – Jika tiada aral yang melintang pelakon dan pengarah, Pierre Andre bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim.Menurut Pierre yang dipetik dari Gua.com, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

“Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami.

“Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami,” jelas Pierre.

Pierre turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan kononnya dia merahsiakan pertunangannya itu dari pengetahuan pihak media.

“Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja.

“Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas,” kata Pierre yang menerima jodohnya itu sebagai ketentuan Illahi.

Sementara itu, Pierre sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu.

Namun begitu, Pierre memberitahu yang dia hanya akan menjalankan upacara akad nikah Jun ini manakala resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Wow! Gadis Korea Sambut Hari Tanpa Seluar Di Taipei

Posted by Unknown On Tuesday, March 05, 2013

i2fun.com-crazy-funny-asians-p80-047

Minggu lepas di Taiwan, ratusan gadis menyambut 'Hari Tanpa Seluar' di MRT Taipei hanya kerana untuk selamatkan alam semulajadi daripada terus dihancurkan. Semoga sambutan ini berjaya selamatkan alam semulajadi.