Contact Me !


PANGGILAN 'BOS' KEPADA ISTERI GURAUAN AKHIR SUAMI

Posted by Unknown On Monday, March 04, 2013
Semporna, 4 Mac - Gurauan Sjn
Abd Azis Sarikon yang
memanggil isterinya Siti
Banddorah Mahali sebagai 'bos'
adalah gurauan terakhir antara
pasangan itu sebelum anggota
polis itu terkorban dalam
kejadian serangan hendap di
Kampung Simunul, di sini.

"Arwah kata selepas ini saya kena
menguruskan keluarga sendiri,
sebab itu dia panggil saya bos,"
kata Siti Banddorah kepada
Bernama ketika ditemui di sini
hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat
dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Batu 2, Jalan
Bunga Raya, di sini selepas solat
Zohor. Jenazah tiba di surau Ibu
Pejabat Polis Daerah Semporna
kira-kira pukul 9.30 pagi.

Abd Azis, 48, yang telah
berkhidmat dalam pasukan polis
sejak tahun 1990 meninggalkan
isteri Siti Banddorah, 39, dan
empat cahaya mata Mohd
Faridzulhelmy, 18, Nurul Liyana,
15, Nurul Syazwani, 12, dan
Mohammad Aiman Hakimi, 7.
Abd Azis dari Batalion 14 Pasukan
Gerakan Am (PGA) adalah
seorang daripada enam anggota
polis yang terkorban dalam
kejadian berbalas tembak malam
Sabtu lepas di Kampung Simunul.

Kejadian di perkampungan atas
air pada pukul 8 malam itu turut
menyebabkan enam anggota
kumpulan bersenjata itu
terbunuh.
Sementara itu, Kompani
Komander B Batalion 14 PGA
Semporna ASP Ab Gani Ajirul
menyifatkan pemergian anak
buahnya itu sebagai satu
kehilangan besar bagi pasukan.

Beliau berkata komitmen serta
dedikasi arwah dalam
menjalankan tugas pasti dirindui
rakan seperjuangan yang turut
menyifatkan Abd Azis sebagai
insane yang berani.
"Saya bangga mempunyai anak
buah seperti ini, komitmen beliau
pada tugas amat dipuji,"
katanya.- BERNAMA
Comments
0 Comments