Secara faktanya, penggunaan parabola di Malaysia
masih lagi salah di sisi undang-undang, sedangkan maklumat dan hiburan
pada masa kini sudah tiada sempadan. Sudah jauh…..ke hadapan. Dan, apa
alasan kerajaan tidak benarkan penggunaan parabola di Malaysia antara
sebabnya adalah :
- Golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah
- Siaran yang berbentuk hasutan
Kenapa ramai memasang parabola di Malaysia?
- Bayar sekali seumur hidup, kemudian dah boleh terus guna. Tak perlu nak fikir bayar bulan-bulan macam………
- Begitu banyak siaran luar negara boleh diperolehi, anda yang tentukan. Samada kualiti atau tidak, anda yang tentukan.
- Tiada masalah lagi untuk mendapat siaran terkini sedangkan siaran berbayar yang ada sekarang ini pun, bayar bulan-bulan tetapi kandungannya? Ketinggalan zaman. Siaran rancangan daripada luar negara sudah sampai season 6,7 apabila dibawa masuk baru season 2,3? Kemudian pusing-pusing rancangan tersebut sampai pening penonton dibuatnya
- Anda yang tentukan isyarat visual dan audio
- Ada modal sekitar RM400, RM500, anda dah boleh pasang parabola di Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan mengharamkan penggunaan parabola di Malaysia. kalau nak pasang parabola juga, ada aduan diterima bersedia dengan tindakan undang-undang
- Lebih 60 siaran dari negara asing boleh diperolehi
Ini pula semakan bagi jawapan rasmi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan berdasarkan hansard Parlimen Malaysia baru-baru ini merujuk kepada persoalan larangan penggunaan parabola di Malaysia :
Pendapat kami, undang-undang mengharamkan penggunaan parabola di malaysia sudah tidak relevan lagi. Kalau kandungan lucah menjadi “ketakutan kepada kerajaan” tak payah susah-susah guna satelit, di internet berlambak ada. Tak pun CD haram yang di jual di pasar malam….
- Adakah menteri tidak tahu apa yang berlaku di Internet dan apa yang berlambak di internet sekarang?
- Adakah menteri masih tidak sedar apa yang dah disebarkan melalui telefon bimbit sekarang ini?
- Adakah ketika menteri turun menemui rakyat dengan pergi ke pasar malam, hanya beli mertabak & cincau sahaja? Sehingga tidak menyedari “disebalik” DVD cerita Karipap-karipap Cinta ataupun The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, adanya DVD yang lebih lucah daripada siaran yang ada melalui parabola?
- Adakah menteri sudah membuat homework yang mana lebih 95% kandungan siaran melalui parabola tidak berunsur lucah. Cukup sedikit. Kadang-kadang kami fikir rancangan yang disiarkan di Malaysia “lebih hebat” daripada ini. Lagipun, semua siaran porno tersebut hanya boleh didapati melalui siaran premium sahaja (kena bayar langganannya) bukannya boleh didapati dengan mudah melalui penggunaan parabola

Kalau penggunaan parabola di Malaysia
dibenarkan, agak-agak siapa yang akan terkesan? Samada ada banyak atau
sedikit kesannya, itu subjektif. Tetapi memang ada kesannya. Adakah itu
yang “ditakuti mereka”?

Akhirnya kalau tanya kami setujukah
penggunaan parabola di Malaysia “dihalalkan”? Setuju, jawapan kami.
Sebab? Secara umumnya, apa beza parabola dengan internet yang ada
sekarang ini?
P/S : Walaubagaimanapun, Internet TV
juga menjadi pilihan kami setakat ini. Jauh lebih baik daripada apa yang
Astro tawarkan sekarang ini. Apatah lagi kualitinya…
PP/S : Jika anda merasakan kurang senang
dengan beberapa ayat di atas, kami minta maaf. Tetapi kami perlu
katakan sejelas-jelas mungkin. Sebab? Sebab…itulah realiti dunia dan
realiti di Malaysia hari ini.
PPP/S : Apa pendapat & pandangan anda pula, patutkah penggunaan parabola di Malaysia dibenarkan oleh kita semua?