Contact Me !


Hanya 10 Tentera Sulu Mati,Bukan 52- Keluarga Tiram

Posted by Unknown On Saturday, March 09, 2013


Tentera Sulu Mati Hanya 10,Bukan 52-Keluarga Kiram


KUALA LUMPUR, 9 Mac — Keluarga Kiram percaya kematian “tentera”nya cuma 10 dan bukan 52 seperti didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia, kata jurucakap keluarganya Abraham Idjirani, dan mengatakan ia adalah propaganda untuk menunjukkan kemenangan.
Idjirani berkata, keluarganya mahu Putrajaya membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina, untuk memasuki zon konflik di Lahad Datu, bagi mengesahkan jumlah kematian.

“Kamu mesti benarkan media tempatan dan luar negara ke zon konflik untuk mengesahkan jumlah kematian. Jika tidak, ia masih boleh diperdebatkan,” katanya yang dipetik dari akhbar The Philippine Star semalam.

Idjirani, yang bercakap bagi pihak Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengesahkan hanya 10 dari “tentera Di Raja” Sulu terbunuh dalam serangan dari pihak Malaysia sejak Jumaat dua minggu lalu.

Dalam siaran ABS-CBN semalam, jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) Raul Hernandez berkata kerajaan masih cuba mengesahkan jumlah kematian warga Filipina di Sabah, dan mereka hanya bergantung dari maklumat yang diberikan oleh Putrajaya.

Agbimuddin yang mendakwa dirinya sebagai putera raja Sultan Sulu, mengetuai sekumpulan bersenjata berjumlah 200 orang ke Sabah, dan berada di negeri timur Malaysia itu sejak 9 Februari.
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 09, 2013
Comments
0 Comments