Contact Me !


Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014

Posted by Unknown On Tuesday, November 26, 2013 No comments
Punca cukai pintu di KL Kuala Lumpur naik lagi mulai tahun 2014. Pihak DBKL telah pun mengeluarkan notis kepada warga kota mengenai kenaikan cukai pintu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kenaikan tersebut dijangka tidak naik terlalu mendadak sehingga membebankan rakyat. Pada masa yang sama, penduduk atau penghuni juga dibenarkan untuk menyuarakan bantahan bertulis kepada jabatan DBKL sebelum 17 Disember 2013. Menurutnya lagi, pihak DBKL akan membuat pertimbangan mengenai isu cukai taksiran tersebut berdasarkan surat bantahan yang diterima.



Punca Cukai Pintu Di KL Kuala Lumpur Naik Lagi Mulai 2014

Menurut DBKL, kenaikan cukai itu adalah perlu memandangkan cukai pintu sudah tidak dinaikkan selama 21 tahun manakala harga hartanah di bandar raya Kuala Lumpur telah melonjak tinggi dalam dua dekad ini. Keputusan berkenaan dengan kadar cukai pintu baharu itu belum muktamad dan notis penyelarasan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment