Contact Me !


ULASAN BAPA SHILA AMZAH MENGENAI GOSIP CINTA DENGAN JOHAN AS’ARI

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, August 27, 2013 No comments


Baru-baru ini timbul pula gosip yang mengatakan penyanyi, Shila Amzah dan pelakon Johan As’ari sedang bercinta. Gosip berkenaan timbul setelah tersebarnya gambar mesra pasangan itu dilaman Instagram milik Shila Amzah. Bagaimanapun gosip berkenaan langsung tidak merisaukan bapanya, ND Lala. Katanya, itu hak Shila Amzah.

Menurut ND Lala lagi, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat naik, Shila harus bijak menilai sesuatu perkara itu dengan lebih rasional dan menyifatkan gosip cinta anaknya itu adalah suatu perkara biasa.

“Kenapa sebut satu nama sahaja? Saya lihat ada banyak nama yang dikaitkan dengan dia (Shila Amzah). Sebagai manusia yang sedang membesar, dia akan melalui pelbagai proses. Bila seseorang itu lalui pelbagai proses, ada pelbagai bentuk cabaran yang dia akan lalui. Jadi, apa sahaja orang nak cakap, kita pulangkan balik itu sebagai hak dia (peminat). Tetapi ketika dia bercakap itu mendatangkan manfaat atau fitnah, hanya dia sendiri yang akan jawab.” Jelas ND Lala dalam laporan Ohbulan.



Dalam pada itu, ND Lala turut menolak dakwaan kononnya Shila menghafal skrip sewaktu sesi temubual dengan pihak program realiti TV Chinese Idol 2013 yang diadakan baru-baru ini. Menurut ND Lala, meskipun Shila masih belum mampu menguasai Bahasa Mandrin sepenuhnya, akan tetapi anaknya itu masih boleh bertutur dan memahami bahasa tersebut dengan baik.

“Betul, dia bukan sampai tahap fasih. Secara spesifiknya, sewaktu sesi temubual itu dijalankan, dia tidak disediakan skrip untuk bercakap, cuma dibekalkan dengan point-point penting sahaja. Jadi, Shila sendiri kena memahami setiap soalan yang bakal diajukan kepadanya. Lagipun Shila sendiri tidak tahu soalan mana yang bakal diajukan terlebih dahulu sebab soalan-soalan tersebut tidak mengikut urutan seperti di dalam senarai.”

Beralih kepada perkembangan terbaru Shila di China, penyanyi ini difahamkan bakal muncul dengan single terbarunya dalam versi Bahasa Mandrin yang bakal direkodkan tidak lama lagi.

Dibawah ada beberapa lagi gambar Shila Amzah dan Johan As’Ari. Jom layan:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment