Contact Me !


CARA FASHA SANDHA DUKUNG BAYINYA DIPERTIKAIKAN PEMINAT

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, August 28, 2013 No comments
Sesuatu yang membabitkan Fasha Sandha sudah tentu akan menjadi perhatian. Entah kenapa ada sahaja peminat mahu memanaskan cerita berkaitan dengan Fasha Sandha. Sebelum ini, Fasha Sandha telah dikritik gara-gara isu berpantang dan juga cara dia memandikan bayinya, Rayfal. Terbaru, Fasha Sandha sekali lagi dikritik kerana gambar dia mendukung putera sulungnya, Rayfal secara mengiring di bahagian sisi dan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Memetik laporan Ohbulan, beberapa hari lalu, Fasha Sandha telah memuat naik sekeping foto dia mendukung Rayfal. Menerusi komen di foto berkenaan terdapat segelintir peminat telah mempertikaikan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayinya, sehingga isu tersebut menimbulkan perbalahan antara pengikut-pengikutnya di laman Instagram.



Melihat kepada cara Fasha Sandha mendukung bayinya seperti diatas, ammboi rasa ianya tidak salah asalkan bayi itu selesa. Rasanya ammboi pun pernah pegang bayi seperti itu. Tapi tak jadi isu pula (hehe..). Apapun, setiap individu mempunyai cara serta pendapat mereka sendiri dalam soal mendidik anak-anak dan mungkin disebabkan itu, tidak semua peminat bersetuju dengan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayi comelnya.

Jika dilihat daripada respon peminat, ada segelintirnya merasakan cara Fasha itu tidak salah dan ianya dilihat sebagai satu perkara normal bagi seorang ibu mendukung anak tersayang. Tak apalah Fasha, sabar ajelah. Pandangan peminat itu juga penting. Mana baik dan sesuai jadikan sebagai panduan dan pengajaran.

Jom lihat beberapa lagi foto Fasha Sandha dan anaknya Rayfal dibawah:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment