Contact Me !


Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah

Posted by Unknown On Sunday, September 22, 2013 No comments
Akhirnya, Norish Karman telah mengaku bahawa dia telah lahirkan anak luar nikah. Sebelum ni, kecoh dengan penyebaran gambar Norish Karman berada di hospital swasta di Subang pada tahun 2011. Menurut Norish, anak yang diberi nama Haq Lutfie Alexander itu dilahir pada 24 September 2011.


Kenyataan Dari Norish Karman

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” katanya dipetik sebagai berkata kepada media. Namun bila ditanya tentang status anak tersebut, Norish bagaimanapun masih lagi enggan mendedahkannya. Katanya, biarlah kehadiran anaknya itu menjadi rahsia antara dirinya dengan Allah SWT.


“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita dan ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” tambahnya bersungguh.

Sumber: Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah | melvister.com
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment