Contact Me !


Memey Suhaiza Berubah Penampilan?

Posted by dutax_syukk07 On Wednesday, April 24, 2013
memeylagi.jpg

Baru-baru menerusi laman instagram Abby Abadi, beliau telah memuatkan beberapa keping foto dengan Norman Hakim dan juga isterinya, Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka. Dapat dilihat bahawa Memey seakan berubah penampilan dan juga mengenakan hijab untuk pertama kalinya di khalayak ramai.

image.jpg

Diajukan perkara tersebut kepada beliau, menerusi Mstar Online, Memey memaklumkan bahawa beliau kini dalam proses percubaan untuk memaki tudung dan ingin segala perubahan yang dilakukan datang dengan ikhlas dan tanpa paksaan dari sesiapa.

memey2.jpg

Perasaan untuk memakai tudung pada hari sukan anak tirinya datang secara tiba-tiba meskipun beliau hanya ingin mengenakan topi untuk menutup rambutnya ketika itu.Norman dan Abby juga turut memberikan kata semangat serta menyokong hajatnya namun mereka tidak memaksanya untuk terus memakai tudung. Memy juga berharap agar para peminatnya mendoakan yang terbaik untuk dirinya supaya terus memakai tudung selepas ini.
Comments
0 Comments