Contact Me !


Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima

Posted by Unknown On Tuesday, October 08, 2013 No comments

Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima | Sebelum ini heboh mengenai gosip cinta di antara pelakon lelaki terkenal, Shaheizy Sam dengan pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Syatilla Melvin.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan hubungan itu adalah berlandaskan rakan artis semata-mata.

Namun, Syatilla memberi kenyataan dalam Harian Metro hari ini, “saya selesa dan senang berkawan dengan Sam. Dia seorang rakan yang baik dan memahami saya seadanya. Pendek kata, dia bukan saja penghibur hati saya ketika sedang bersedih atau tertekan malah begitu mengambil berat.

Kami banyak berkongsi pendapat mengenai kerja,” katanya.

“Saya tak nak fikir lebih-lebih mengenai hala tuju hubungan ini. Kalau ditakdirkan ada jodoh dengan dia, saya terima. Sebenarnya, saya tidak tolak jodoh walau dengan sesiapa pun, cuma kebetulan sekarang orang kaitkan saya dengan Sam, sebab itu timbul spekulasi begini,” katanya.

Apabila ditanya keistimewaan Sam di matanya, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 22, tidak mampu menolak kenyataan lelaki itu memiliki sikap yang menawan hati.

Katanya, aktor kesayangan ramai itu bukan saja manja dan kelakar sebagai sahabat, malah dia juga lelaki yang begitu mengambil berat dan memahami dirinya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment