Contact Me !



Seorang lelaki maut setelah terjun daripada bangunan sebuah kompleks membeli belah kerana tidak berpuas hati dan berasa marah dengan teman wanitanya yang berkeras mahu ke kedai pakaian yang lain.

CCTV menunjukkan Tao Hsiao , 38, mengiringi teman wanitanya di sekitar pusat membeli-belah di Xuzhou , Jiangsu wilayah , timur China.

Selepas lima jam berada di kompleks tersebut, Tao akhirnya mengambil keputusan mahu balik ke rumah.

Saksi mendengar Tao berkata kepada teman wanitanya yang mereka telah banyak membeli barang, tetapi teman wanitanya tetap berkeras pergi ke satu kedai yang menawarkan harga diskaun pada kasut.

Namun, teman wanitanya membalas dengan menjerit sambil menuduhnya seorang yang kedekut dan merosakkan sambutan krismas mereka tahun ini.

Gambar Tao terlentang

Jeritan tersebut membuatkan Tao mengambil keputusan yang tidak dijangka. Tao meletakkan beg-beg pakaian dan terus terjun daripada balkoni. Ramai pengunjung yang berada di Kompleks tersebut panik dan lari ketakutan.
Tao meninggal dunia ditempat kejadian sebelum ketibaan pasukan kecemasan.

'Dia sebenarnya terjatuh di salah satu gerai kiosk di bawah dan kemudian jatuh ke lantai" menurut jurucakap kompleks membeli belah itu. - AP

Lobi Pusat membelih belah tempat kejadian

Pasukan medik bergegas ke hospital

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment