Contact Me !


Kisah Sebenar Guru Yang Kematian Anak Di Dalam Kereta

Posted by Unknown On Monday, July 22, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semalam admin ada kongsikan berita tentang budak 3 tahun yang mati kerana dikatakan ditinggalkan ibunya selama 5 jam di dalam kereta. Berikutan itu ini adalah kisah sebenar yang dikongsikan tentang kejadian itu.



Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta.

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah ank patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dr p.pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm dan tak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana ibunya tak benarkan postmoterm ke atas anaknya.

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua…Jgn tinggalkan anak2 kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti. (kelmarin).
Comments
0 Comments