Contact Me !


Syarat Farid buat mentua

Posted by dutax_syukk07 On Tuesday, July 30, 2013 No comments

Ibu Diana Danielle perlu bersemuka dengannya dulu sebelum dapat jenguk cucu

Ada syarat perlu dipatuhi ibu kepada pelakon Diana Danielle, iaitu Norsiah Ramli, jika wanita itu mahu melihat anak tunggal dan cucunya yang baru dilahirkan itu. 

Kata menantunya, Farid Kamil, Norsiah atau lebih mesra disapa Mama perlu bersemuka dengannya, sekali gus menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum selesai antara mereka. 

"Banyak cerita negatif yang saya dengar daripada mulutnya mengenai kami berdua. Supaya perkara ini tidak menjadi lebih panjang, dia perlu berjumpa dengan saya dan selesaikan beberapa perkara terlebih dulu jika dia mahu bertemu anak serta cucunya. 


"Saya bukan berdendam, cuma sekadar mahu melindungi isteri dan si anak kecil kerana saya dapat berasakan ibu mentua saya mahu melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap anak saya,” kata Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita di ibu negara, petang semalam. 

Menerusi drama bersiri yang bakal disiarkan di saluran Astro Mustika HD itu, Farid memegang watak sebagai Aariz. Turut berlakon di sisinya dalam drama itu ialah Tiz Zaqyah, yang membawakan karakter bernama Dahlia. 

Perkahwinan tidak direstui 

Kata Farid lagi, dia berasa perlu berbuat demikian kerana Diana juga amat kecewa dengan ibunya. 
"Setakat ini, saya tidak pernah mendengar yang Diana merindui ibunya, tetapi lebih kepada perasaan kecewa kerana dia tahu ibunya memang tidak merestui perkahwinan kami," dedahnya. 

Farid berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai hubungannya dengan Norsiah selepas berlaku insiden meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap wanita terbabit menerusi laman sosial Twitter miliknya, baru-baru ini. 

Bayi belum daftar 

Bercerita mengenai zuriatnya yang lahir di Sydney, Australia, 2 Julai lalu, Farid berkata, sehingga kini bayi lelaki itu masih belum didaftarkan. 

"Kami memang mahu mendaftarkan kelahirannya di Malaysia. Di Sydney, orang luar memang tidak digalakkan mendaftarkan kelahiran di sana dan memang sukar sebenarnya untuk berbuat demikian. 

"Sebab itu, sehingga kini anak saya itu belum diberi nama. Begitupun, ada beberapa nama dalam cadangan, tetapi saya menunggu malam Ramadan 15 ke atas untuk mendapat ilham nama yang lebih baik. Buat masa ini kami memanggilnya baby saja," ujar Farid sambil memaklumkan, dia membahasakan dirinya sebagai Babah manakala Diana pula sebagai ibu. 

Ditanya mengenai keadaan Diana selepas tiga minggu melahirkan, Farid berkata, isterinya sihat cuma mengalami sindrom ‘baby blues’. 

"Ketika hamil, Diana tidak mengalami alahan yang teruk. Saya juga bersyukur dia tidak mengidam yang bukan-bukan. Ketika berpantang ini pula, dia dijaga saudara rapat saya. 

"Cuma apabila sindrom itu datang, dia akan menjadi terlalu emosi dan tidak suka jika saya pegang bayi lama-lama," terangnya. 

Ditanya apakah dia bakal meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur, Farid berkata, besar kemungkinan dia akan meraikan 1 Syawal di Australia sebelum pulang beraya dengan keluarganya di Kedah.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment