Contact Me !



Terbaru 2 Individu Guna Pasport Palsu Didedahkan, Dari Negara Iran ? | Berikut gambar yang didedahkan pihak berkuasa tempatan yang juga mengatakan 2 lelaki yang menggunakan pasport tersebut dari negara Iran. Baca selanjutnya

Terbaru 2 Individu Guna Pasport Palsu Didedahkan, Dari Negara Iran ?

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Aloyah Mamat berkata kesemua prosedur operasi standard pemeriksaan pasport telah pun diikuti atau dipatuhi dalam pemeriksaan pasport kedua-dua individu tersebut.

Beliau berkata selepas berpuas hati dengan gambar dan pemeriksaan yang betul serta mematuhi peraturan barulah dua individu berkenaan dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Individu pertama tiba di Malaysia pada 28 Februari dan diberikan visa lawatan sosial yang membolehkan dia tinggal di negara ini selama 90 hari dan kemudiannya meninggalkan negara ini pada 8 Mac lepas dengan menaiki pesawat MH370.

“Individu berkenaan memberikan pasport dan pas masuk (boarding pass) untuk menaiki pesawat berkenaan, selepas diperiksa visa lawatan sosial masih lagi belum tamat tempoh dia diberikan kebenaran meneruskan perjalanan,” kata Aloyah dalam sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Selain itu, Aloyah berkata suspek berkenaan telah direkodkan butiran biometriknya ketika tiba di Malaysia dan ketika mereka berlepas rekod biometrik dan pasport yang diberi selari dan mengikut keperluan imigresen dan tidak melanggar sebarang syarat.

nota : Apapun kisah ini masih lagi misteri sehingga sekaang kerana masih belum jumpa lagi pesawat ini. Apa pun kita jangan lah putus-putus untuk berdoa. 

Sumber
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment