Contact Me !


VIDEO: Penilik Nasib Nigeria Dakwa Sudah Tahu Insiden MH370?

Posted by Unknown On Tuesday, March 11, 2014 No comments

Sebagai orang Islam, menilik nasib hukumnya haram.
Apabila sesuatu perkara yang ditilik benar atau hampir benar, ia bukan menandakan penilik nasi berkenaan memang mengetahui sesuatu berkaitan masa hadapan.
Ia sebenarnya berlaku dengan pertolongan jin setelah diizinkan Allah SWT.
Justeru, bukan sesuatu yang pelik apabila penilik nasib Nigeria, TB Joshua pernah meramalkan sesuatu berkenaan insiden MH370 ini.
Setelah kejadian berlaku, YouTube dibawah mendapat tontonan kembali yang tinggi.
Dalam ramalannya dalam video di bawah bertarikh 28 Julai 2013, TB Joshua menyatakan akan berlaku suatu kemalangan melibatkan ‘belon besar’ di sebuah negara Asia di mana di dalamnya, terdapat lebih 200 penumpang.
Kononnya, dia akan menghantar surat atau sesuatu bagi memberi amaran kepada negara Asia terlibat tetapi nyata, dia tidak berbuat demikian.
Mengapa?
Kemungkinan besar, penjelasannya adalah tidak semua rahsia Allah Taala akan dibuka untuk pengetahuan makhlukNya. Jadi sudah tentu, siapa pun makhluk yang membantu TB Joshua ini mengetahui sesuatu berkaitan masa depan, pengetahuan yang dibisikkan padanya tetap terbatas.
Terbaru menerusi Facebook miliknya, TB Joshua meramalkan MH370 sudah terhempas ke dalam Laut China Selatan dan serpihannya akan ditemui bila-bila masa dari sekarang.
Sekali lagi, kalau pun semua ini benar sekalipun orang Islam pasti maklum bahawa ia adalah dengan bantuan jin.
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment