Contact Me !


21 bayi diselamat

Posted by Unknown On Saturday, February 23, 2013


PULAU PINANG 22 Feb. - Kecekapan polis mengesan sindiket penjualan bayi melalui ‘Ops Pintas Sayang 2’ yang dilancarkan di seluruh negara semalam, berjaya menyelamatkan 21 bayi dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan manusia.

Dalam operasi dijalankan secara serentak pada pukul 11 malam tadi di tujuh negeri itu, polis turut memberkas 43 individu disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan dalam proses untuk dijual dan sindiket mampu mengaut keuntungan mencecah lebih RM600,000 hasil urus niaga tersebut.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, polis berjaya menemukan tujuh bayi di Selangor dan masing-masing tiga bayi di Kuala Lumpur, Perak dan Johor....

© Utusan Melayu (M) Bhd
Comments
0 Comments