Contact Me !


Fizo Kongsi Pengalaman Hampir Mati

Posted by Unknown On Tuesday, February 26, 2013

Percutian selama tujuh hari enam malam di Beijing, China pada 25 hingga 31 Januari lalu ternyata meninggalkan kesan mendalam buat pelakon serta pengacara, Fizo Omar. Ini kerana, jejaka berusia 28 tahun ini mengakui melalui detik mencemaskan apabila merasai sendiri pengalaman hampir mati ketika mendaki Tembok Besar China.

“Percutian bersama agensi pelancongan Arlief Event & Management bulan lalu merupakan satu pengalaman yang saya tak dapat lupakan. Ini kerana saya rasa hampir nak mati ketika mendaki Tembok Besar China. Ketika itu, saya menyertai pertandingan yang dianjurkan mereka dan apabila sampai di puncak, saya rasa macam nak pengsan. Saya tak larat sangat-sangat dan rasa dunia ini gelap dan nak pitam.
Saya hanya fikir apalah yang akan jadi pada saya waktu itu dan fikir bagaimana saya nak turun balik nanti. Saya berehat selama satu jam dan selepas itu, pekerja-pekerja Arlief membantu saya turun ke bawah. Saya bersyukur kerana tidak berlaku apa-apa yang lebih teruk pada diri saya. Apapun saya gembira kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5000 serta pakej percutian ke Cairo,” kongsi Fizo mengenai pengalamannya di sana.
“Ini pengalaman kali pertama saya ke Beijing bersama peminat. Kebetulan waktu itu musim salji dan saya rasa teruja dan seronok sangat dengan percutian ini. Banyak tempat menarik yang kami pergi antaranya melawat kilang membuat mutiara, sutera, teh dan macam-macam lagi. Tempat membeli-belah di sana juga terbaik di mana barang-barangnya dijual dengan harga sangat murah,” ujar Fizo lagi.


Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini turut berkongsi sempat membeli buah tangan seperti batu jed, mutiara dan sutera untuk ibu serta adik beradiknya. Diusik apa yang dibelinya untuk buah hati tercinta, Fizo mengakui sempat membeli batu jed serta kasut kepada kekasihnya itu.
Difahamkan, selepas Beijing, Fizo turut akan mengikuti pakej pelancongan bersama Arlief Event & Management ke Phuket, Thailand, Hong Kong, Mongolia, Guangzhou, China dan Istanbul.
*Foto dipetik daripada akaun Facebook Fizo
Comments
0 Comments