Contact Me !


Inilah Wajah Bayi Yang Didera Amah Di Kuantan

Posted by Unknown On Monday, February 18, 2013




KUANTAN 17 Feb. - Ibu kepada bayi berusia empat bulan yang dilambung sehingga cedera di tangan dan kakinya di Bukit Setongkol di sini kelmarin memberitahu, dia serik untuk mengambil khidmat pembantu rumah lagi.

Nina Suraya Sulaiman, 24, berkata, dia dan suami turut bimbang untuk menghantar Mohamed Harez Mohd. Zamri ke mana-mana pusat asuhan kanak-kanak kerana trauma dengan kejadian menimpa anaknya itu.

"Anak saya telah dibenarkan keluar wad hari ini dan esok saya akan bawa semula ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan keseluruhan badan terutama di kepala kerana bimbang ada pendarahan dalaman."

Ulasan: Memang meremang tengok video penderaan tu. Zam rasa amah tu memang psycho lah.. Ada satu aksi tu kelihatan macam dia seronok & macam nak lepaskan geram dengan tindakan tak bertamadun yang dilakukan pada bayi tu. Ya Allah.. Macam manalah perasaan ahli keluarga bila melihat darah daging mereka yang masih kecil diperlakukan macam tu.. Semoga kejadian seperti ini tidak terjadi lagi di masa akan datang.
Comments
0 Comments