Contact Me !


Hargailah Ibu Dan Ayah

Posted by Unknown On Friday, February 01, 2013 No comments



Bila mak kata dia teringat,
kita jawab kita sibuk sangat.

Bila ayah kata dia rindu,
kita jawab nantilah hujung minggu.

Bila mak minta kita pulang,
kita jawab kita belum lapang.

Bila ayah minta kita singgah,
kita jawab kerja kita belum selesai.

Bila hati kita terguris,
kita kata “Mak memang tak pernah faham”.

Bila hati kita terhiris,
kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

TETAPI

Bila hati mak kita terguris,
mak kata “Tak apa, dia masih muda”.

Bila hati ayah kita terhiris,
ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.

Bila kita menagis tanda lapar,
mak berlari bagai hilang kaki.

Bila kita merintih tanda derita,
ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.

Bila kita sedih kerana gagal,
mak setia membekalkan cekal.

Bila kita pilu kerana kecewa,
ayah teguh berkata dia tetap bangga.



Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.
[al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.”
[al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
[al-Isra’ 17:23]

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment