Contact Me !


Segelintir Remaja Melayu Tidak Hormat Mualaf

Posted by Unknown On Monday, February 25, 2013

Terkejut bila melihat satu gambar dari Facebook Adam Corrie yang menunjukkan ada segelintir remaja melayu yang tidak hormatkan beliau (Adam Corrie) sebagai mualaf. Ia memang TIDAK WAJAR dilakukan kepada beliau!! pernah terserempak dengan beliau dan saya tengok, beliau adalah insan yang baik dan peramah. Tidak sama seperti apa yang digambar oleh masyarakat atau dalam filem.


Kita umat islam dan seagama dengan beliau sepatutnya hormat kepada beliau. Tidak kira ia bangsa apa, warna kulit atau sebagainya. Lihat komen yang diajukan kepada Adam Corrie. Teruk bukan? Beliau (Adam Corrie) menganut islam bukan disebabkan harta, perkahwinan atau sebagainya malah beliau mengaku bahawa beliau memeluk islam kerana mencari pegangan hidup beliau. Kita orang melayu terutamanya malu dengan beliau kerana tidak mengikut sunnah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W iaitu hormat menghormati.

Islam tidak ada pun mengajar umatnya membidas atau memperkecilkan bangsa lain yang memeluk islam. Islam mengajar kita supaya memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada mualaf supaya mereka dapat panduan yang berguna. Mujur Adam Corrie bersifat profesional dan mempunyai sifat sabar yang tinggi. Walaupun hati beliau terguris, beliau tetap memaafkan kepada insan yang mengutuk beliau. Bro Nasa ingin memesan kepada Adam Corrie supaya sabar dan berdoa kepada Allah S.W.T semoga orang yang mengutuk itu menerima hidayah dariNya.
Comments
0 Comments