Contact Me !


Lelaki Ini Mempunyai Dua Wajah

Posted by Unknown On Wednesday, February 20, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya ramai dah tahu tentang kisah ini, lelaki yang mempunyai 2 wajah iaitu satu di hadapan dan satu lagi wajah di belakang.


Inilah dia lelaki yang dimaksudkan itu, lelaki ini bernama Edward Mordake. Edward Mordake dikatakan hidup di abad ke 19 dan dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Inggeris. Edward Mordake mempunyai keistimewaan mempunyai 2 wajah atau 2 muka di kepalanya. Wajah dihadapannya berfungsi seperti manusia sempurna yang lain tetapi wajah dibelakang kepalanya pula hanya boleh tersenyum.

Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan mendidiknya dengan penuh kasih sayang.

Namun, apa yang merunsingkan keluarganya apabila mereka tidak dapat merawat Edward dengan baik kerana ketiadaan alatan pembedahan yang canggih yang membuang wajah keduanya itu.


Edward sebenarnya mempunyai wajah yang tampan dan keperbadian mulia, namun ketampanan itu hanya dilihat dari depan, apabila dia memusingkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan akan kelihatan.

Sementara itu, beberapa kisah ada menyebutkan yang wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama.

Oleh kerana terlalu banyak sangat kata-kata negatif, Edward dikatakan tertekan.

Akhirnya Edward tidak tahan lagi untuk mengharungi kehidupannya lantas membuat keputusan dengan membunuh diri pada usia 23 tahun.
Comments
0 Comments