Contact Me !


Padah Tipu Isteri

Posted by Unknown On Monday, February 18, 2013

Suspek ditahan pasukan Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman ketika berlumba di sekitar bandar ini awal pagi semalam.


Satria Neo yang disita kerana diubahsuai tidak ikut spesifikasi ditetapkan.

KUANTAN – Tindakan seorang lelaki menipu isteri untuk keluar minum bersama rakan memakan diri apabila ditahan pasukan Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman ketika berlumba di sekitar bandar ini awal pagi semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya dan disahkan positif dadah selepas ujian saringan air kencing.

Ketua Unit Khas itu, Asisten Superintendan Khuzir Abd Majit berkata suspek yang mengaku mempunyai empat anak itu kemudian ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Trafik Kuantan bersama tiga suspek lain.

Menurutnya, operasi dijalankan selepas menerima aduan orang awam mengenai aktiviti lumba haram membabitkan kereta di sekitar bandar itu pada setiap malam minggu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan berbeza untuk menahan pesalah terbabit dengan mengesan kereta yang didapati berlumba di jalan raya dan menahan mereka apabila berhenti di sesuatu kawasan.

“Ini operasi kali kedua di bandar Kuantan sejak awal tahun ini dan kaedah digunakan berjaya menahan mereka yang menjadikan jalan raya sebagai lokasi lumba haram,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha polis membanteras kegiatan lumba haram di negeri ini.

Khuzir berkata, kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, empat buah kereta termasuk dua Satria Neo yang terbabit dalam lumba haram itu turut disita kerana didapati melakukan pengubahsuaian tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...steri-1.132174
Comments
0 Comments